BATU PAHAT – Ibu angkat yang juga suspek utama kes penderaan kanak-kanak berusia 21 bulan, Muhamad Al Fateh Abdullah, pernah meluahkan perasaan mengenai ujian berat yang dihadapinya di akaun Facebook miliknya pada 11 Jun lalu.
Wanita berusia 34 tahun itu memuat naik status yang berbunyi, ‘Ya Allah..hebat sungguh ujianmu buat hambamu..semoga aku tabah menjalaninya’ berserta gambar anak angkatnya itu.
Luahan hati itu dibuat dipercayai kerana kecewa dengan sikap orang sekeliling yang didakwa menghina kanak-kanak terbabit.
“Maafkan aku jika ada kekurangan yang tidak dapat aku tunaikan dalam kesibukan, padahal aku sendiri, semoga Allah SWT melindungi kau wahai anak yang tidak berdosa,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Muhamad Al Fateh yang disyaki didera keluarga angkatnya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), kira-kira jam 12.45 tengah hari, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum boleh membuat sebarang kenyataan.
“Dua suspek direman sehingga Khamis (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sekiranya perlu tahanan reman akan dilanjutkan,” katanya.
Sementara itu, ibu kandung mangsa dikenali sebagai Nur, 22, terpaksa dipapah selepas menziarahi jenazah anaknya di Unit Perubatan Forensik HSNI kira-kira jam 3 petang, semalam.
Nur berkata, dia dan suami berada di pekarangan unit berkenaan sejak jam 10 pagi untuk menunggu perkembangan laporan bedah siasat anaknya.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Kawasan Parit Raja, Majdan Jamain memaklumkan ada dihubungi keluarga mangsa bagi urusan pengebumian yang dijangka dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Parit Raja, di sini, selepas Asar.

Fateh anak dibuang ibu .. dikutip keluarga angkat dia maut didera kejam (6Gambar)

Batu Pahat : Tiada siapa yang meminta untuk lahir kedunia ini hanya untuk dibuang dan di dera hingga mati.
Ini lah nasib adik Muhammad Al fateh Abudullah baru berusia hampir 2 tahun belum mengenal apa-apa erti kehidupan dilahir kedunia oleh ibu kandung namun dibuang ibu akibat masalah peribadi dalam keluarga.
Fateh diserahkan kepada keluarga angkat dengan berat hati mengharapkan sedikit simpiti pada keluarga yang mengambil Fateh sebagai anak angkat dengan mengharapkan fateh dapat dijaga seperti anak sendiri.
Namun jalan hidup fateh amat perit dan sukar bila hidup nya dijadikan mangsa kejam manusia berhati binatang didera dengan kejam pada badan dengan kesan lebam.
Sehinggalah diri nya nazak nyawa nyawa ikan dihantar ke hospital oleh keluarga angkat untuk menerima rawatan namun setelah bertarung nyawa dia hingga hembus nafas terakhir.
Siapa yang akan disalahkan dalam kes ini ibu fateh amat sedih anak nya maut didera dan merasa tekilan apa yang berlaku setelah dirinya membuang fateh dalam hidupnya diserahkan kepada orang lain.
Ini kata nya ” Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu “.
“Saya sudah amanahkan mereka (ibu dan bapa angkat) untuk menjaga dan memberinya kasih sayang dengan sempurna tetapi tak sangka ini balasan mereka kepada saya.
Itu luahan ibu kandung arwah adik fateh kita boleh nilaikan sediri perasaan nya yang mana dia kini sarat mengadung 7 bulan apa lah nasib pada kandungan dan bayinya akan lahir nanti semoga tidak menjadi seperti nasib fateh.
Ini pula luahan wanita yang merupakan ibu angkat fateh juga sedih apa yang berlaku  dia meluahkan perasaan nya dilaman sosial nya pada 11 julai lalu.
“Ya Allah..hebat sungguh ujian mu buat hambamu..semoga aku tabah menjalaninya,” katanya.
Suspek juga memuat naik gambar anak angkatnya itu dan luahan hatinya mengenai Muhamad Al Fateh yang dihina orang sekeliling selain dibuang ibu kandungnya, 11 Januari lalu.
“Bersabarlah wahai sayang, walaupun kau dibuang ibu kandung sendiri, dihina orang sekeliling tetapi aku akan cuba melindungi kau.
“Maafkan aku jika ada kekurangan yang tidak dapat aku tunaikan dalam kesibukan, padahal aku sendiri, semoga Allah SWT melindungi kau wahai anak yang tidak berdosa,” katanya.
Muhamad Al Fateh yang disyaki didera keluarga angkatnya meninggal dunia, jam 12.45 tengah hari semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI.
Kesimpulan dalam hal ini tiada siapa mengaku salah keatas apa yang berlaku sehingga adik fateh maut dengan cara yang amat tragis.
Semoga semuanya akan terungkai, jasad sikecil Al fateh selamat disemadikan semoga diri nya tenang disana setelah menderita sepanjang hayat didunia. Al fatihah