Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka

Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka
link : Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka

Baca juga


Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka

MELAKA – Seorang lelaki maut ditetak manakala isterinya parah dalam kejadian samun bersenjata di rumahnya di Taman Bukit Terendak Sungai Udang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata kedua-dua mangsa yang berusia 60 dan 59 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka kira-kira 8.45 malam.

“Sebaik tiba di rumah mangsa, kita menemui mangsa wanita berada dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut kita turut menemukan mangsa lelaki berada dalam keadaan tertiarap berlumuran darah.

“Siasatan lanjut ke atas mangsa lelaki mendapati beliau telah meninggal dunia dan terdapat kecederaan di bahagian leher dipercayai menggunakan objek tajam namun senjata yang digunakan masih belum ditemui,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa wanita berkenaan yang mengalami kecederaan parah di bahagian mulut kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dan kini menjalani pembedahan bagi kecederaan yang dialaminya.

Katanya menurut siasatan awal, kejadian itu bermotifkan samun dan bunuh namun pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan lanjut di rumah mangsa serta menunggu pengesahan daripada keluarga mereka.

Afzanizar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 320 kanun sama kerana melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan dan membunuh.

Beliau berkata susulan kejadian itu, kira-kira pukul 10.30 malam tadi, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun berhampiran kawasan perumahan mangsa bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

“Kita akan memohon perintah reman ke atas lelaki itu hari ini untuk membantu siasatan kes,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka

Sekianlah artikel Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Maut, Isteri Parah Dalam Rompakan Di Melaka dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/suami-maut-isteri-parah-dalam-rompakan_15.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :