'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli

'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli
link : 'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli

Baca juga


'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli

'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli

Selepas lawatan muhibah ke atas keluarga mendiang Nhaveen di Taman Tun Sardon, Gelugor, ahli kelab motosikal Kempen Bikers Anti Buli akan meneruskan misi mereka ke Johor pada September depan untuk mengunjungi keluarga arwah Zulfarhan. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Demi menyuarakan solidariti kepada mangsa buli seperti mana yang menimpa dua mangsa, T. Nhaveen dan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain baru-baru ini, sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara melancarkan Kempen Bikers Anti Buli (BAB) secara besar-besaran di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Menariknya, perhimpunan membabitkan seramai 250 penunggang pelbagai kelab dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang berkumpul mempromosikan kempen berkenaan dengan mengadakan lawatan muhibah ke atas keluarga mendiang Nhaveen di Taman Tun Sardon, Gelugor.

Bukan itu sahaja, kempen berkenaan akan di teruskan ke Johor pada September depan untuk mengunjungi keluarga arwah Zulfarhan sebagai tanda simpati dan dukacita ke atas apa yang berlaku pada mangsa adalah kejadian yang cukup menyayat hati.

Gabungan 'bikers' pelbagai bangsa menjayakan Kempen Bikers Anti Buli yang dilancarkan di Pulau Pinang baru-baru ini.

TANDA PRIHATIN, KEMANUSIAAN

Pengerusi BAB, Datuk PV Nada berkata, program ini menekankan amalan budaya saling menghormati tanpa mengira batasan umur, kaum dan kepelbagaian budaya di negeri ini. Gabungan dan kehadiran semua bikers atau penunggang motosikal berkuasa tinggi ini membuktikan keprihatinan dan kemanusiaan antara masyarakat dan rakyat di negara ini.

Menurutnya, pihak mereka menolak sekeras-kerasnya keganasan buli selain pada masa hadapan mereka berharap dapat bekerjasama dengan polis terutamanya bersama Ketua Polis Daerah dengan menjelajah ke sekolah -sekolah di seluruh negara dalam menyampaikan mesej anti buli.

Sebahagian wakil 'bikers' Kempen Bikers Anti Buli menyerahkan sumbangan derma ikhlas kepada wakil keluarga Nhaveen.

"Sebagai tanda prihatin pihaknya turut menyampaikan sumbangan amal berupa wang tunai sebanyak RM5,600 kepada keluarga Nhaveen hasil sumbangan dan derma kilat semua peserta.

"Kita juga turut mengambil peluang melawat keluarga Nhaveen dan memberi sokongan moral kepada mereka yang ketika ini masih bersedih dengan kejadian berkenaan," katanya kepada Rojak Daily Skop!.

Seramai 250 peserta ahli kelab motosikal dari seluruh negara berkumpul untuk menunjukkan solidariti terhadap kes buli.

Sementara itu, wakil kelab motosikal dari Pulau Pinang, Keith Scully pula menyatakan pihaknya menyokong usaha murni yang dilakukan BAB sebagai satu langkah pencegahan awal.

"Kita tidak mahu gejala ini menular sehingga membabitkan pelajar sekolah menengah dalam kegiatan kongsi gelap dan membuli rakan mereka. Kami berharap campur tangan pihak polis.

"Malah, tindakan pantas perlu diambil segera dan jangan beri muka kepada golongan ini. Kegiatan ini perlu dibanteras lebih awal," katanya.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli

Sekianlah artikel 'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Bikers' Seluruh Negara Bersatu Sampaikan Mesej Anti Buli dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bikers-seluruh-negara-bersatu-sampaikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :