Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi

Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi
link : Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi

Baca juga


Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri maut manakala 10 lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kereta di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Jamaludin Chemin, 56, dan Maimunah Abd Wahab, 52, berasal dari Felda Penggeli Timur, Kulai, yang difahamkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kemalangan berlaku kira-kira 9.45 malam itu melibatkan kereta jenis Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi serta Proton Exora.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Caldina dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata kereta-kereta lain pula tidak sempat mengelak dan merempuh lalu menyebabkan kemalangan.

Katanya kesemua mangsa dirawat di HKT.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya memandu mengikut had laju ditetapkan khususnya di kawasan jalan yang kurang lampu jalan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi

Sekianlah artikel Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Isteri Maut Kemalangan 5 Kereta Di Kota Tinggi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/suami-isteri-maut-kemalangan-5-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :