Judul : Bapa Terlalu Sibuk Nak Pergi Bercuti, Kanak-Kanak Tulis Surat Untuk Bos Terus
link : Bapa Terlalu Sibuk Nak Pergi Bercuti, Kanak-Kanak Tulis Surat Untuk Bos Terus
Bapa Terlalu Sibuk Nak Pergi Bercuti, Kanak-Kanak Tulis Surat Untuk Bos Terus
Beijing - Bosan dengan ayahnya yang selalu sibuk bekerja, seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun di China mengambil tindakan 'selangkah ke hadapan' dengan menghantar surat terus kepada bos ayahnya itu.
Kanak-kanak itu bertindak sedemikian apabila si ayah tidak membawanya keluar bercuti biarpun musim cuti sekolah sudah hampir berakhir dan dia teringin sangat untuk bercuti bersama ayahnya.
Di dalam surat itu, kanak-kanak bernama Yang Lele meminta agar bos ayahnya menginzinkan si ayah untuk mengambil cuti beberapa hari supaya mereka boleh pergi bercuti. Malah, katanya, rakannya yang bernama Xiaoming sudah pun pergi bercuti bersama keluarganya dan dia menginginkan perkara yang sama.
Lebih dalam, Lele memetik kata-kata Xiaoming bahawa: "Orang yang tidak pergi bercuti ketika musim cuti panas adalah bodoh."
Menurut Red Star News, ayah Lele bekerja dalam industri IT di Beijing.
Foto itu menjadi viral di media sosial China selepas dimuat naik oleh Charlie Young yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu.
"Saya sebelum ini berjanji untuk membawa anak saya bercuti di musim panas ini, namun saya belum mengotakan janji saya kerana saya terus sibuk dengan pekerjaan," tulis Young.
"Tidak terfikir oleh saya bahawa dia akan menulis surat tersebut dan meminta saya untuk menyerahkannya kepada bos saya. Bahkan dia berkata kepada saya bahawa Xiaoming mengatakan mereka yang tidak pergi bercuti semasa cuti musim panas adalah bodoh," demikian ditulis Young.
"Jadi, apakah saya menyerahkan surat ini, atau tidak?" soal Young.
Kata Red Star News lagi, Young akhirnya memutuskan agar tidak menyerahkan surat tersebut kepada bosnya. Namun dia memutuskan untuk mecanari waktu agar boleh bercuti bersama-sama dengan anaknya itu sebelum musim panas berakhir.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bapa Terlalu Sibuk Nak Pergi Bercuti, Kanak-Kanak Tulis Surat Untuk Bos Terus
Anda sekarang membaca artikel Bapa Terlalu Sibuk Nak Pergi Bercuti, Kanak-Kanak Tulis Surat Untuk Bos Terus dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bapa-terlalu-sibuk-nak-pergi-bercuti.html