Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat

Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat
link : Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat

Baca juga


Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat

LUMUT – Sentimen kebencian terutama terhadap kerajaan dalam masyarakat ketika ini terjadi disebabkan sikap pembangkang yang sering membuat tohmahan tidak berasas kepada kerajaan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bagaimanapun, Zambry berkata beliau hanya membiarkan pembangkang membuat tohmahan atau mengeluarkan kenyataan yang tidak betul sehingga mereka berpuas hati.

“Sebagai contoh, hari-hari  Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming menerusi akaun Twitternya balun kerajaan, dia tidak akan ceritakan kebaikan kerana hari-hari dia membenci menyebabkan orang yang ikut dia tertanam kebencian,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah tauliah pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Manjung Parlimen Lumut 2017-2019 di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 120 orang JPP dilantik melibatkan 12 zon bagi Parlimen Lumut.

Zambry berkata beliau tidak mengeluarkan kenyataan balas terhadap tohmahan pembangkang kerana tidak mahu terikut-ikut atau terjebak dengan sentimen negatif yang dimainkan mereka.

Sementara itu, Zambry turut mengingatkan setiap JPP  supaya menjalankan tugas dengan sebaiknya dan tidak mengamalkan sikap berpuak dalam melaksanakan tugas.

Beliau berkata sebagai satu daripada usaha mendekati rakyat, kerajaan negeri telah mewujudkan mekanisme baharu  melalui JPP bagi memastikan matlamat berhubung dengan rakyat berjaya dicapai.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat

Sekianlah artikel Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sikap Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Masyarakat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sikap-pembangkang-wujud-sentimen_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :