Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United

Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United
link : Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United

Baca juga


Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United

KOTA BHARU – Pasukan Kelantan mungkin beraksi tanpa pemain tengah Morgaro Gomis apabila menentang Melaka United pada saingan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam esok.

Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata perancangan pasukan berdepan Melaka United sedikit terjejas berikutan pemain import dari Perancis itu mengalami kecederaan di buku lali kanan ketika perlawanan menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) pada saingan sama, Selasa lepas.

“Pasukan sedikit bimbang dengan kecederaan menimpa Morgaro Gomis…berkemungkinan beliau tidak dapat diturunkan malam esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelantan kini mendahului Kumpulan C selepas menang 3-1 ke atas UiTM FC pada perlawanan pembukaan di Stadium Sultan Muhammad IV, itu.

Zahasmi berkata perlawanan malam esok penting untuk Kelantan memperoleh tiga mata penuh bagi menjarakkan kedudukan daripada tiga lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan​​​​​ iaitu Kedah, Melaka United dan UiTM FC.

“Malam esok, pemain wajib mencipta kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan pasukan sebagai pendahulu kumpulan untuk memastikan kita layak ke peringkat seterusnya,” kata beliau.

Beliau mengingatkan pemainnya supaya berwaspada dengan kebangkitan pasukan Melaka United walaupun pada perlawanan pembukaan Selasa lepas, pasukan berkenaan tewas kepada Kedah.

“Kita bawa semangat kemenangan 3-1 ke atas UiTM FC tempoh hari, sebagai bekalan untuk bertemu Melaka United, dan pemain perlu berusaha mencari kemenangan,” katanya.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United

Sekianlah artikel Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan Melaka United dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kelantan-mungkin-turun-tanpa-gomis_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :