Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera

Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera
link : Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera

Baca juga


Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera

PUTRAJAYA – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad berharap maklumat baharu yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dapat menyelesaikan kes pembelian sebuah hotel di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Katanya isu itu perlu diselesaikan segera bagi membantu mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Felda selain memantapkan ketelusan  tadbir urus korporat syarikat.

“Apabila kita diberitahu SPRM mendapat maklumat baharu, kita sambut baik berita itu dan sangat gembira. Ada maklumat baharu dan SPRM teruskan penyiasatan, kita berharap ada penyelesaian dan  mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab.

“Soal kembalikan wang yang disalah belanja itu adalah soal lain. Kita beri kerjasama sepenuhnya untuk siasatan SPRM,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penahanan dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan yang kini direman enam hari bagi membantu kes pembelian hotel empat bintang itu.

Kedua-dua lelaki berumur 36 dan 45 tahun itu yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan.

Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 1 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu  antara 2013 dan 2015.

Media melaporkan pasukan penyiasat SPRM mendapati kedua-dua suspek disyaki memanipulasi harga hotel berkenaan sehingga FIC membayar lebihan puluhan jutaan ringgit.

Terdahulu Shahrir mengadakan Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) aspirasi warga Felda di Sambutan Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka 2017 yang berlangsung sejak semalam sehingga esok di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera

Sekianlah artikel Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahrir Harap Kes Beli Hotel Di London Selesai Segera dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/shahrir-harap-kes-beli-hotel-di-london_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :