Judul : Najib Bangga Ramai Anaka Felda Jadi Usahawan Berjaya
link : Najib Bangga Ramai Anaka Felda Jadi Usahawan Berjaya
Najib Bangga Ramai Anaka Felda Jadi Usahawan Berjaya
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa bangga apabila semakin ramai anak Felda menjadi usahawan berjaya hasil bantuan dan inisiatif kerajaan.
Najib dalam catatan di laman blognya hari ini berkata beliau sempat meluangkan masa bertemu pengusaha-pengusaha ‘food truck’ di karnival sambutan Hari Peneroka di Putrajaya semalam untuk membeli juadah minum petang.
Katanya kebanyakan yang beliau temui merupakan anak-anak Felda generasi kedua dan ketiga yang datang dari seluruh negara termasuk dari Felda Semenchu, Johor; Felda Teloi Timur, Kedah dan Negeri Sembilan.
“Sesungguhnya, saya sangat berbangga melihat anak-anak Felda sekarang kerana ramai sudah menceburi bidang keusahawanan dan sudah menjadi usahawan berjaya, hasil daripada bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
“…dan saya pasti kejayaan anak-anak Felda hari ini memenuhi visi Ayahanda saya (Tun Abdul Razak Hussein) ketika beliau menubuhkan Felda,” katanya.
Penubuhan Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 merupakan cetusan ilham Tun Abdul Razak bagi tujuan pembangunan tanah dan penempatan semula untuk membasmi kemiskinan melalui penanaman kelapa sawit dan getah.
Karnival bersempena sambutan Hari Peneroka 2017 berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir Ahad.
Perdana Menteri berkata beliau akan bersama-sama warga Felda di Dataran Putrajaya esok untuk kemuncak sambutan Hari Peneroka.
“Saya ingin menyeru rakyat Malaysia untuk turut hadir, meraikan peneroka-peneroka yang telah membuktikan usaha mereka dan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Najib Bangga Ramai Anaka Felda Jadi Usahawan Berjaya
Anda sekarang membaca artikel Najib Bangga Ramai Anaka Felda Jadi Usahawan Berjaya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/najib-bangga-ramai-anaka-felda-jadi_22.html