Judul : Sebak… Susah Macam Mana Pun, Anak Murid Ini Tetap Bermaruah Sembunyikan Kesusahan Hidupnya
link : Sebak… Susah Macam Mana Pun, Anak Murid Ini Tetap Bermaruah Sembunyikan Kesusahan Hidupnya
Sebak… Susah Macam Mana Pun, Anak Murid Ini Tetap Bermaruah Sembunyikan Kesusahan Hidupnya
Realiti hidup zaman sekarang, ramai yang asyik mengeluh sebab tak mampu nak beli sesuatu mengikut kehendak. Dari sudut anak-anak, ada yang siap memberontak dan lagi teruk ugut tak nak pergi sekolah sebab tak dapat sesuatu yang dia mahu.
Namun lain ceritanya apa yang dikongsikan oleh seorang guru, Hj Ahmad Fauzi Ramli, yang mana muridnya membawa jumlah ke sekolah dengan duit yang kita sendiri rasa tak cukup untuk membeli makanan, tambahan pula zaman ekonomi yang semakin mencabar. Jom baca cerita yang cuit emosi ini…
Anak pelajarku pagi ni, terlewat datang bila tanya… motor ibu minyak habis.
Bila ditanya ibu kerja apa.. dijawabnya ibu tiada kerja ayah menoreh. Bilaku tanya lagi berapa ringgit bawa ke sekolah dijawabnya RM3. Ku kata lagi minta tengok, berputar putar tanganya mencari sambil mata berkaca hanya RM1 dalam genggaman.
Ku tanya lagi, tadi cakap RM3. Sambil air mata mengalir di pipi dijawabnya RM3 berkongsi dengan adik adik di sekolah rendah. Terpana daku dengan jawapan itu, kasih seorang kakak.
Dalam RM1 itu tersimpan segala galanya… sepinggan nasi, segelas air, sebatang pensil … mengukir masa depan.
Begitulah anak anak didiku walau susah tetap bermaruah menyembunyikan kesusahan…
Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah…
Walau siapa pun anak murid ini, jom doakan agar Allah bukakan pintu-pintu rezeki buat dirinya dan keluarga tersayang. In shaa Allah kau akan berjaya suatu masa nanti dan mampu ubah nasib keluarga, malah jadi kebanggaan ibu ayah. Aamiinn…
Sumber
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sebak… Susah Macam Mana Pun, Anak Murid Ini Tetap Bermaruah Sembunyikan Kesusahan Hidupnya
Anda sekarang membaca artikel Sebak… Susah Macam Mana Pun, Anak Murid Ini Tetap Bermaruah Sembunyikan Kesusahan Hidupnya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sebak-susah-macam-mana-pun-anak-murid_20.html