Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan

Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan
link : Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan

Baca juga


Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia akan meningkatkan usaha dalam memperincikan kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan kedaulatan sempadan di kedua-dua negara terjamin.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata perkara itu adalah antara yang akan di ketengahkan pada Sidang Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Indonesia Ke-13 (HLC Malindo) yang sedang berlangsung dari 17 hingga 25 Julai.

"Kita akan membincangkan kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam memastikan sempadan di kedua-dua negara sama ada di udara, darat dan air sentiasa berada di tahap yang terbaik.

"Selain itu, melalui HLC, ia juga secara tidak langsung telah memperkukuhkan hubungan antara dua negara melalui keselamatan bersama," katanya kepada pemberita selepas menerima kujungan hormat Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jenderal Gatot Nurmantyo di Kementerian Pertahanan di sini pada Rabu.

Sebelum itu, Gatot turut membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Leftenan Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Sidang HLC diadakan sejak Perjanjian Malaysia dan Indonesia (MALINDO) pada 1972.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan

Sekianlah artikel Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia-Indonesia perinci kaedah kawalan keselamatan di sempadan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/malaysia-indonesia-perinci-kaedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :