Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik

Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik
link : Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik

Baca juga


Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik

PENYANYI kelahiran program realiti Mentor Legend iaitu Sarah Fazny memberitahu dia pernah disuruh oleh pihak-pihak tertentu untuk sengaja mencipta gosip dan kontroversi panas agar lebih cepat menonjol dan dikenali.

Sarah, 22, berkata, dia terpaksa menolak saranan itu dengan baik kerana masih berpegang kepada prinsip mahu dikenali kerana bakat yang ada.

“Waras lagi kot nak buat semua tu (ketawa). Memang ada yang suruh tapi saya rasa biarlah saya dikenali dengan bakat daripada sengaja mencipta cerita bukan-bukan untuk dikenali.

“Seperkara tentang hal itu saya percaya jika seseorang artis naik kerana kontroversi memang pantas dikenali, tetapi selalunya tidak lama. Justeru biar lambat naik, tapi konsisten dalam industri,” ujarnya kepada mStar Online.

Pun begitu kata wanita yang mempunyai 15 beradik ini lagi, perkara tersebut terpulang kepada individu atau artis itu sendiri bagaimana untuk merencana perjalanan kerjaya seni mereka.

Sarah Fazny akui bukan waktunya untuk dia terlalu selektif menerima sebarang tawaran.

Di satu sisi, pelantun lagu Urusan Hati  ini memberitahu sekalipun dirinya agak kurang mendapat pendedahan dan publisiti media, dia masih boleh bersyukur kerana tawaran persembahan pentas sentiasa ada.

Malah sikapnya yang tidak terlalu selektif pada satu-satu tawaran diakui memberi ‘keuntungan’ tersendiri buat dirinya.

“Sekarang ni bukan waktunya nak terlalu memilih. Saya ambil apa sahaja peluang termasuk tawaran berlakon, itupun kalau ada.

“Oh ya, sebut pasal berlakon ni saya tak tahu kenapa ramai diluar sana ingat saya ni seorang pelakon? Atau wajah saya ada iras mana-mana pelakon yang mungkin saya tak perasan?” soalnya dengan ketawa kecil.

Dalam perkembangan kerjaya seninya pula, kata artis yang diuruskan oleh pihak Indigital Music ini lagi, dia kini dalam proses mencari material untuk persiapan single ketiganya.

Dan apa yang lebih menarik, berkemungkinan single tersebut akan mendapat sentuhan daripada penyanyi dan komposer Tam (Spider).

“Baru-baru ini kami ada berbincang tentang projek single ini di mana abang Tam masih mencari direction suara saya ke arah lagu yang macam mana. Kalau ikutkan saya, memang gemarkan lagu-lagu berentak balada,” akhirnya mesra.

Sumber: Mstar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik

Sekianlah artikel Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarah Fazny dedah disuruh pihak tertentu cipta kontroversi panas untuk cepat naik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sarah-fazny-dedah-disuruh-pihak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :