Judul : PAN Pertahan Kredibiliti Timbalan Presiden PAS
link : PAN Pertahan Kredibiliti Timbalan Presiden PAS
PAN Pertahan Kredibiliti Timbalan Presiden PAS
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man difitnah oleh pihak tertentu.
Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kayat mendakwa Tuan Ibrahim menjadi mangsa fitnah seperti beliau dan beberapa rakannya semasa berada dalam PAS. .
“Saya bersimpati dengan Tuan Ibrahim. Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dahulu saya pernah memintanya membantu mengurangkan ketegangan kumpulan ulama dan profesional dalam PAS.
“Sekarang dia mulai difitnah seperti kami hadapi dahulu,” katanya di Facebook semalam.
Sebelum ini tersebar dakwaan tentang kewujudkan dalang DAP di dalam PAS dengan nama Timmy Say.
Lelaki itu didakwa bertindak sebagai ‘penjaga’ kepada Tuan Ibrahim termasuk menyediakan kenyataan-kenyataan yang perlu dibuat oleh Tuan Ibrahim.
Ekoran itu, banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim dilihat bercanggah dengan pendirian PAS dan cenderung kearah Pakatan Harapan.
Tuan Ibrahim didakwa bakal menerima bantuan kewangan daripada DAP bagi membantunya menyelesaikan urusniaga tanah yang gagal di Pahang.
Suhaizan dan beberapa bekas pemimpin PAS tewas dalam pemilihan parti itu beberapa tahun lalu.
Beliau dan bekas pemimpin PAS terbabit termasuk Mohamad Sabu kemudian keluar parti dan menubuhkan PAN.
PAN menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel PAN Pertahan Kredibiliti Timbalan Presiden PAS
Anda sekarang membaca artikel PAN Pertahan Kredibiliti Timbalan Presiden PAS dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pan-pertahan-kredibiliti-timbalan_22.html