Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik

Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik
link : Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik

Baca juga


Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular satu rakaman video memaparkan tindakan pihak polis menyaman beberapa buah kenderaan di sebuah jalan berhampiran ladang kelapa sawit.
Saman sampai ladang

Daripada informasi awal, kumpulan lelaki berbangsa India itu dikenakan saman ekoran melalui sekatan jalan raya yang dilakukan di ‘jalan kampung’ yang masih belum berturap oleh anggota Polis Trafik dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jempol, Selasa lalu.

“Tuan, ini jalan kampung boleh saman ke? Mana boleh saman. Baru ini dunia first time jalan kampung boleh dapat saman,” kata seorang lelaki menerusi rakaman video.

“Ini majlis daerah punya jalan. Tak apa kita jumpa di mahkamah,” jawab pegawai polis tersebut.

Lantas perkara itu menimbulkan kemarahan segelintir netizen kononnya tindakan anggota polis berkenaan adalah tidak masuk akal kerana ianya sebuah jalan merah di dalam hutan.

Merujuk perkara ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan tampil mempertahankan tindakan anggota mereka dengan menyatakan ianya adalah berdasarkan prosedur operasi standard (S.O.P).

Saman sampai ladang

Polis memberitahu kesemua pemilik kenderaan itu dikenakan saman setelah didapati menghalang laluan di Kampung Serampang Indah (GATCO) iaitu merupakan tanah rezab jalan yang dimiliki kerajaan negeri.

“Berdasarkan fakta daripada Pejabat Tanah dan Daerah Jempol, menyatakan bahawa laluan jalan sepajang 1.8km dengan kelebaran jalan seluas 40 meter merupakan rezab jalan yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

“Tindakan pemilik kenderaan itu telah menyebabkan gangguan serta halangan kepada pihak yang perlu menggunakan jalan terbabit.

“Maka tindakan PDRM berlandaskan kepada peraturan undang-undang di bawah akta 333 akta pengangkutan jalan 1987 seksyen 48 galangan disebabkan kenderaan di jalan,” jelas pihak polis memetik kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Sehubungan itu, diharapkan semua pihak jelas dan tidak membuat sebarang spekulasi liar berhubung kejadian ini.

BACA INI JUGA: Panduan Semak Saman Trafik PDRM Dan JPJ, Sms Dan Online

sumber: mynewshub


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik

Sekianlah artikel Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saman Sampai Ladang Kelapa Sawit, Ini Penjelasan Polis Trafik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/saman-sampai-ladang-kelapa-sawit-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :