OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul

OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul
link : OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul

Baca juga


OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul

RIYADH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar di Istanbul, Turki pada Selasa bagi membincangkan isu Israel-Palestin di Baitulmaqdis, lapor agensi berita China Xinhua.

Menteri-Menteri Luar OIC akan membincangkan isu serta langkah bagi menyokong umat Islam di Baitulmaqdis dalam usaha memelihara identiti dan kesucian Islam termasuk di Masjid Al Aqsa, memetik laporan agensi berita Arab Saudi (SPA).

Mesyuarat diadakan susulan tindakan rejim Israel baru-baru ini, melarang umat Islam masuk ke masjid.

Selain itu, mesyuarat bertujuan menghantar “mesej bersatu” daripada Dunia Islam kepada komuniti antarabangsa sebagai desakan menuntut Israel menghormati resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Konvensyen Geneva dan semua resolusi berkaitan Palestin dan Masjid Al Aqsa.

Sebelum ini, pada Isnin lepas, OIC telah mengadakan mesyuarat tergempar wakil tetap negara-negara anggota OIC manaka pada 20 Julai persidangan antarabangsa di Baku, Azerbaijan bersama dengan Jawatankuasa PBB diadakan bagi membincangkan isu sama.

Pertempuran antara Palestin dan pasukan keselamatan Israel meletus sejak 14 Julai, selepas Israel melaksanakan langkah keselamatan di kompleks Masjid Al Aqsa berikutan insiden serangan maut membabitkan anggota polis Israel.

Langkah itu, termasuk pemasangan alat pengesan logam dan kamera pengawasan di pintu masuk masjid yang dianggap sebagai percubaan Israel menawan serta menuntut hak ke atas tapak ketiga paling suci umat Islam yang ditadbir pihak berkuasa Jordan.

Berikutan tekanan antarabangsa, Israel membuka semula alat kawalan keselamatan yang dipasang namun larangan lelaki Islam Palestin di bawah umur 50 daripada memasuki Masjid Al Aqsa kekal.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul

Sekianlah artikel OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Di Istanbul dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/oic-adakan-mesyuarat-tergempar-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :