Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO

Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO
link : Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO

Baca juga


Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli daripada tuduhan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO menerusi satu kenyataan tiga tahun lepas, setelah membenarkan rayuannya.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Ghazali Cha itu sekaligus mengetepikan sabitan dan hukuman denda RM1,800 atau penjara 10 bulan ke atas Mohd Rafizi yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 26 Jan tahun lepas.

Selain itu, hakim Ghazali turut menolak rayuan balas yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap hukuman denda tersebut.

Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo manakala Pengarah  Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan.

Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata pihak pendakwaan bercadang untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

​​​​​​​​​​​​​​“Saya akan buat laporan dan memberi cadangan kepada Peguam Negara untuk kes ini dirayu di peringkat tinggi dalam masa terdekat,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rafizi, 40, dengan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ yang boleh mengancam keamanan awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara dekat sini, pada 11.40 pagi, 4 Feb 2014.

Mohd Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, dalam penghakimannya hakim Ghazali berkata pertuduhan terhadap Mohd Rafizi tidak lengkap seperti mana peruntukan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana tidak menyatakan elemen niat dan pengetahuan Mohd Rafizi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

Menurut beliau, jika melihat kepada pertuduhan, kenyataan dibuat secara umum kepada anggota UMNO dan reaksi daripada kenyataan itu hanya setakat membuat laporan polis oleh UMNO Selangor, bukan oleh UMNO secara keseluruhan serta tidak melibatkan sebarang kejadian yang boleh mengancam keamanan awam. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO

Sekianlah artikel Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi Ramli Bebas Tuduhan Sengaja Aib Anggota UMNO dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/rafizi-ramli-bebas-tuduhan-sengaja-aib_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :