Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan

Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan
link : Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan

Baca juga


Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan

KUALA LUMPUR – Felo utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Helen Ting perlu diarahkan menjalani kursus Kenegaraan Malaysia dan Sejarah Perlembagaan Negara.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Amini Amir Abdullah mendakwa, Helen perlu `dikursuskan’ kerana mempersoalkan mengapa umat Islam dibenarkan berdakwah kepada penganut Kristian, tetapi penganut Kristian dilarang berbuat demikian.

Kata beliau, sebuah portal berita melaporkan Helen mengutarakan persoalan itu pada satu sesi soal jawab pada forum bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia’ anjuran Kairos Dialogue Network.

“Apakah Helen cuba mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan selepas 60 tahun negara merdeka. Orang seperti beliau perlu dikursuskan dengan kursus Kenegaraan Malaysia dan Sejarah Perlembagaan Negara.

“Beliau bertanya jika orang Islam boleh berdakwah kepada orang-orang Kristian, kenapakah orang Kristian tidak boleh berbuat perkara yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amini berkata, Perkasa berasa hairan mengapa golongan cerdik pandai seperti Helen masih tidak faham sebarang agenda evangelisme, aktiviti pendakyahan agama Kristian dan penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam merupakan satu kesalahan di Malaysia.

Kata beliau, Perlembagaan Persekutuan membenarkan setiap individu di negara ini untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing, namun melarang penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam seperti dalam Artikel II (4) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, kata beliau, sebarang perbuatan menyebarkan agama lain keatas umat Islam negara ini merupakan pencabulan dan pemerkosaan terhadap kesucian agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Helen bahawa kerajaan Malaysia telah menyelesaikan banyak masalah berkaitan isu kebebasan beragama di Malaysia seperti pembinaan gereja, tokong, kuil, gudwara, biara, tanah perkuburan dan hak-hak bukan Islam di Malaysia.

“Ini membuktikan bahawa hak-hak bukan Islam dan bukan Melayu mendapat perhatian kerajaan dan hak mereka juga terbela,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan

Sekianlah artikel Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perkasa Saran Helen Ting Jalani Kursus Kenegaraan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/perkasa-saran-helen-ting-jalani-kursus_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :