Judul : Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua
link : Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua
Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua
KUALA LUMPUR – Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini mengumumkan Pelancaran Projek Negara – Malaysia Explorers Gran Slam 2017 yang bakal dilaksanakan pada 19 Disember ini.
Ekspedisi secara ski sejauh 120 kilometer dan dijangka mengambil masa selama tujuh hari itu akan dilaksanakan oleh Penjelajah Negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih mesra dikenali sebagai Qobin.
Program yang dinamakan sebagai Explorers Grand Slam juga akan memahat nama rakyat Malaysia di persada dunia apabila Qobin bakal diiktiraf menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya menamatkan misi ekspedisi ekstrem.
Ini kerana beliau sekali gus melengkapkan cabaran penjelajahan di seluruh dunia bermula dengan misi Tujuh Puncak Tujuh Benua (2010), Berski Di Kutub Utara (April 2017) dan Berski Di Kutub Selatan (Disember 2017).
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd. Yusof pada sidang akhbar sempena rumah terbuka Aidilfitri kelab itu berkata, untuk menerima status elit ini, seseorang perlu selesai menakluk tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.
“Ia termasuk Gunung Everest di samping berjaya menakluk titik 0 darjah di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Difahamkan, setakat ini hanya ada kira-kira 60 orang sahaja di seluruh dunia yang berjaya mencapai ke tahap ini.
“Insya Allah, ekspedisi ini akan berlangsung pada hujung tahun nanti dan ia juga bakal menjadi hadiah terbesar untuk kelab kami sendiri yang genap penubuhannya berusia 10 tahun pada bulan ini,” jelas Akmar Hisham.
Misi Grand Slam Kutub Selatan oleh Qobin akan berlepas dari Union Glacier, Antartika dengan menaiki Helikopter menuju ke titik satu darjah selatan dan akan memulakan ekspedisi berski ke titik sifar darjah Kutub Selatan.
Qobin yang juga merupakan Presiden KE7B dijangka berski dalam suhu ekstrem bersama-sama dengan sekumpulan penjelajah antarabangsa lain dan turut menyertai ekspedisi pelbagai negara tersebut pada kali ini.
Untuk rekod, ekspedisi ini juga ialah projek antarabangsa kali kesembilan dijayakan oleh KE7B sejak 2009. Antaranya Ekspedisi Berbasikal dan Bermotosikal di 23 Buah Negara serta Misi Tujuh Puncak Tujuh Benua Dunia.
Projek lain ialah Misi Renang Selat Inggeris, Misi Everest Felda 2013, Ekspedisi Merentas Greenland, Ekspedisi Kutub Utara dan Ekspedisi Kutub Selatan. KE7B setakat ini berjaya melahirkan 23 ikon sukan ekstrem sejak 2009.
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua
Anda sekarang membaca artikel Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/qobin-bakal-ski-antartika-lengkap-misi_22.html