Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan

Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan
link : Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan

Baca juga


Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan

SEGAMAT – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu semua pihak berkaitan termasuk jabatan pendidikan dan sekolah memperkasa langkah pencegahan bagi mengekang masalah disiplin di sekolah.

Mengakui kehilangan kata-kata selepas mendengar kejadian terkini melibatkan pelajar meletakkan racun lipas di dalam makanan rakan yang didakwa pembuli, Mahdzir berkata kejadian buli dan gangsterisme adalah satu hakikat dalam masyarakat hari ini yang perlu dihadapi.

Kena gandakan usaha dan beri perhatian kepada mereka (yang dikenal pasti cenderung masalah disiplin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Mahdzir yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang yang turut dihadiri Ketua Bahagian Datuk Dr Baharum Mohammad.

Semalam akhbar melaporkan polis sedang menyiasat satu kes seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, Sarawak dipercayai mencampurkan racun lipas ke dalam mi goreng seorang rakan yang dikatakan sering membulinya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Mahdzir  berkata kerajaan yang dipacu UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membentuk sebuah dasar pendidikan negara yang merubah nasib rakyat di negara ini.

“Mak ayah tak sekolah (tapi) anak jadi doktor, ketua pengarah, peguam dan akauntan kerana dasar pendidikan negara. Siapa yang buat dasar ini tentu UMNO dan BN sejak dahulu lagi yang dasar ini menyatukan kita sebagai bangsa Malaysia … Ahmad, Ah Leong dan Mutu boleh duduk bersama minum kopi.

“Tetapi masalah bila datang kepentingan politik pembangkang racun pemikiran rakyat. Semua dibuat kerajaan salah demi kerana mereka mahu memerintah jadi kerajaan sedangkan kerajaan UMNO dan BN sekarang sudah lakukan segalanya demi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan

Sekianlah artikel Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buli: Menteri Mahu Pihak Berkaitan Perkasa Pencegahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/buli-menteri-mahu-pihak-berkaitan_22.html

Subscribe to receive free email updates: