Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan

Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan
link : Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan

Baca juga


Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menumpaskan ‘Geng Kelvin’ yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini selepas tertangkapnya tujuh suspek pada 4 Julai lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata dengan penahanan suspek warga tempatan yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita itu, polis percaya telah menyelesaikan 19 kes pecah rumah dan curi kenderaan dengan anggaran kerugian kira-kira RM800,000.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis Kota Kinabalu telah menangkap kesemua suspek berusia antara 21 hingga 40 tahun di dua rumah berasingan dan satu tempat bebas di sekitar Taman Nelly Kolombong, Inanam, dekat sini, dalam operasi yang dijalankan dari jam 2.30 pagi hingga 11.52 malam.

“Dalam serbuan itu, polis merampas barangan curi dianggarkan bernilai RM300,000,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Antaranya wang tunai, jam tangan pelbagai jenama, barang kemas, telefon bimbit, laptop, televisyen, dua kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dua kenderaan sewa yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah,”

Ramli berkata daripada tujuh suspek itu,  enam mempunyai rekod jenayah lampau dan lima didapati positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata modus operandi kumpulan ini ialah mengintai premis yang tidak berpenghuni  (untuk disewa) selain menyewa kenderaan sebelum melakukan jenayah pecah rumah di premis yang telah dikenal pasti dan kebiasaannya menggunakan nama suspek wanita terbabit untuk membuat sewaan.

Menurutnya, kumpulan yang aktif sejak Februari itu berkemahiran membuka mangga berkunci, mematikan sistem penggera kenderaan dan membuat cukai jalan palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (Pencerobohan Rumah) dan Seksyen 397A Kanun Keseksaan (Mencuri Kenderaan) selain Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan membabitkan dadah, katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, selain ‘Geng Kelvin’, polis juga telah menumpaskan dua kumpulan penjenayah yang melakukan kes sama, sehingga Julai ini.

“Dengan tertumpasnya ketiga-tiga geng ini, diharapkan kes jenayah pecah rumah dan curi kenderaan akan dapat dikurangkan,” katanya.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan

Sekianlah artikel Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tumpas ‘Geng Kelvin’, 7 Suspek Ditahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/polis-tumpas-geng-kelvin-7-suspek_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Beri kami masa PENGACARA Elly Arifin, 28, tidak kecil hati apabila sering ditanya soal cahaya mata oleh keluarga dan rakan. Berkahwin dengan pelawak juga… Read More...
  • Pesona Balqis Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi, 10, sekali lagi dicalonkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2017 (Asi… Read More...
  • Merayu Jangan DibunuhKOTA BHARU: “Saya berkali-kali merayu kepada dia (suspek) supaya jangan bunuh saya.” Merayu Jangan Dibunuh Read more » The post Mer… Read More...
  • Fattah Ada Cerita Nak Kahwin Tapiii FATTAH Ada Cerita Nak Kahwin Tapiii FATTAH ada bercerita akan berkahwin tetapi itu saja kata kawan baik Fattah Amin Ezzam Ezzairy Ezzam yan… Read More...
  • Cabaran Trek 38 7 Kilometer Kuala Kubu Bharu Saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 akan melengkapkan siri ketiga penganjurannya di trek Sungai Buaya di si… Read More...