Judul : Beri kami masa
link : Beri kami masa
Beri kami masa
PENGACARA Elly Arifin, 28, tidak kecil hati apabila sering ditanya soal cahaya mata oleh keluarga dan rakan.
Berkahwin dengan pelawak juga anggota kumpulan Masin, Jiggy atau Mohammad Aizat Ahmad Nadzri, 28, pada 9 September 2016, Elly akui belum ada rezeki untuk menimang anak.
Elly atau Nurul Elyana Arifin berkata, dia dan suami tidak pernah merancang soal anak.
Katanya, tidak ada gunanya dia dan suami merancang kerana usia pun makin meningkat.
“Doakan kami diberi rezeki menimang cahaya mata. Walaupun baru setahun mendirikan rumah tangga, apabila melihat rakan lain sudah hamil dan memiliki anak, perasaan saya tetap tersentuh.
“Tapi saya boleh bertenang kerana rezeki anak sememangnya anugerah daripada Allah SWT,” katanya.
Sebagai wanita yang berkahwin, pengacara program Unplugged dan Pesta Muda Mudi ini akui dia juga ingin anak dan menjadi ibu.
Jauh di sudut hatinya, Elly yakin akan menjadi ibu suatu hari nanti. Dia juga yakin perancangan Allah adalah yang terbaik dan ada hikmah juga buat dia dan suami belum dikurniakan anak.
“Mungkin saya dan suami perlu memastikan karier stabil dahulu dan diberi ruang untuk tingkatkan usaha,” katanya.
The post Beri kami masa appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Beri kami masa
Anda sekarang membaca artikel Beri kami masa dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/beri-kami-masa.html