Judul : Pengesahan kanak- kanak dijangkiti rabies di Melaka diketahui dalam tempoh terdekat
link : Pengesahan kanak- kanak dijangkiti rabies di Melaka diketahui dalam tempoh terdekat
Pengesahan kanak- kanak dijangkiti rabies di Melaka diketahui dalam tempoh terdekat
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengetahui sama ada pesakit terbabit dijangkiti dengan virus berkenaan ataupun sebaliknya.
Dr Hilmi berkata, walaupun kanak- kanak terbabit ada menunjukkan simptom penyakit berkenaan, namun ia belum dapat disahkan sehingga ujian makmal diperolehi.
"Mangsa masuk ke Hospital Melaka kerana disyaki, ada simptom rabies, maka dia disyaki dijangkiti rabies. Pengesahan mengambil masa, jadi tunggulah keputusannya."Nasihat kami kepada orang ramai, jika bimbang dijangkiti rabies segera ke hospital, kami akan perhati dan bagi vaksin, kita ada vaksin manusia dan vaksin haiwan," katanya selepas merasmikan Pusat Mata, Vista Eye Specialist di Air Itam,di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini kanak- kanak berusia enam tahun di Melaka yang disyaki dijangkiti penyakit tersebut setelah pulang dari bercuti di Sarawak baru-baru ini.
Dia dikatakan digigit anjing di kawasan kampung yang menjadi tempat virus itu merebak.
Kanak- kanak itu dilaporkan mengalami demam dan selesema dan dirujuk ke Hospital Terendak sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka pada Rabu lalu.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pengesahan kanak- kanak dijangkiti rabies di Melaka diketahui dalam tempoh terdekat
Anda sekarang membaca artikel Pengesahan kanak- kanak dijangkiti rabies di Melaka diketahui dalam tempoh terdekat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pengesahan-kanak-kanak-dijangkiti.html