Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut

Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut
link : Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut

Baca juga


Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut

KUALA LUMPUR – Hujan lebat dan ribut sejak kira-kira pukul 9 malam tadi menyebabkan pokok tumbang dan insiden bumbung bangunan terjatuh di beberapa kawasan di ibu negara.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai bumbung bangunan terjatuh sehingga menghempap kenderaan di parkir kediaman Alpha Villa di Wangsa Maju di sini pada pukul 10.04 malam tadi.

“Kami segera mengerahkan seramai tujuh anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Zamani berkata bumbung yang terjatuh ke tempat parkir telah menghempap tujuh kereta dan dua motosikal.

“Pasukan bomba bersama polis sedang mengawal keselamatan di lokasi kejadian…kerja-kerja mengeluarkan kenderaan yang terlibat dan kerja mengalihkan bumbung yang terjatuh masih dilakukan.

“Keadaan  berjaya dikawal pada pukul 10.44 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Zamani berkata sebuah rumah yang didiami turut dihempap pokok tumbang di Kampung Segambut Luar dekat sini akibat angin ribut malam ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.07 malam dan segera mengarahkan lima anggota serta sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sentul ke lokasi kejadian.

“Pokok yang tumbang terlalu besar dan membahayakan penghuni rumah sekiranya kerja pemotongan pokok dilakukan.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat telah membawa keluar semua penghuni rumah ke lokasi yang selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut

Sekianlah artikel Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pokok Tumbang & Bumbung Terjatuh Di Kawasan Ribut dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pokok-tumbang-bumbung-terjatuh-di_14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :