Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah

Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah
link : Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah

Baca juga


Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah

SEPANG – Seorang pemilik kedai kek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengambil 19 pekerja asing tanpa izin untuk bekerja di kedainya.

Hamdam Ismail, 45,  mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Mohd Said.

Tertuduh  didakwa mengambil 18 warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di Kedai Kek Harissa yang dimiliki oleh Nur Cake House Sdn Bhd di Taman Pinggiran USJ 1/11, Subang Jaya, Selangor ketika serbuan pada 4.40 petang pada 23 Mei lalu.

Tertuduh  didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum menurut Seksyen 55B(3) akta yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun dan boleh dihukum sebat tidak lebih daripada enam  sebatan.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Sebelum itu, pegawai pendakwa dari Jabatan Imigresen, Norzam Suhada Abdull Wahab mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM95,000.

Namun,  peguam Zaflee Pakwanteh merayu agar dikurangkan berikutan tertuduh tiada sumber pendapatan setelah kedai keknya tidak beroperasi sejak serbuan pada 23 Mei lalu.

Zaflee juga memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya perlu menanggung dua anaknya yang masih di sekolah menengah dan tiga lagi di sekolah rendah manakala isterinya sarat mengandung dan akan bersalin pada bila-bila masa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM43,000 serta dua penjamin  selain menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Selain itu, tertuduh perlu melapor diri di pejabat Bahagian Penguat Kuasa Shah Alam, Jabatan Imigresen, Selangor setiap awal bulan. 

Kes akan disebut semula dan serahan dokumen pada 8 Ogos ini.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah

Sekianlah artikel Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pemilik-kedai-kek-dihadapkan-ke-mahkamah_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :