Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid

Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid
link : Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid

Baca juga


Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan optimasi sistem keselamatan di KL Sentral.

Untuk itu, beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mewujudkan Sistem Pemantauan Berpusat dalam tempoh sebulan.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Lawatan Kerja Kaedah Pengoperasian CCTV dan Keselamatan.
"Saya juga minta MRCB untuk meningkatkan jumlah polis bantuan di KL Sentral dalam tempoh sebulan daripada tarikh lawatan saya hari ini bagi memantapkan kesiapsiagaan bagi jangka masa pendek menjelang temasya KL 2017.

"Bagi jangka masa sederhana, Sistem Pemantauan Berpusat yang bersifat menyeluruh akan menyelaraskan tugas polis bantuan dengan bantuan teknologi kamera litar tertutup CCTV berdefinisi tinggi dan keupayaan pengesan wajah," katanya dalam sidang media selepas Lawatan Kerja Kaedah Pengoperasian CCTV dan Keselamatan di KL Sentral pada Isnin.

Tambahnya, sistem pemantauan tersebut akan diintegrasikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mempercepatkan tindakan tanpa perlu melalui peringkat-peringkat komunikasi.

"Sistem tersebut juga dapat digunakan untuk mengesan dan mencegah sebarang aktiviti jenayah termasuk ancaman mana-mana kumpulan radikal, ekstremis atau serangan pengganas di negara ini," katanya lagi.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid

Sekianlah artikel Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Operasi sistem keselamatan di KL Sentral belum memuaskan - TPM Zahid dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/operasi-sistem-keselamatan-di-kl.html

Subscribe to receive free email updates: