Judul : Pelanggan Tidak Mahu Bayar Upah Jahit Kerana Tidak Berpuas Hati Tetapi Beraya Dengan Baju Yang Dikatakan Jahitan Tidak Memuaskan
link : Pelanggan Tidak Mahu Bayar Upah Jahit Kerana Tidak Berpuas Hati Tetapi Beraya Dengan Baju Yang Dikatakan Jahitan Tidak Memuaskan
Pelanggan Tidak Mahu Bayar Upah Jahit Kerana Tidak Berpuas Hati Tetapi Beraya Dengan Baju Yang Dikatakan Jahitan Tidak Memuaskan
Biasanya orang mengatakan pelanggan itu selalunya betul dan tidak kira apa kesalahan atau karenah pelanggan berkenaan para penjual atau peniaga harus melayan semua jenis pelanggan mereka sebaik mungkin.
Walau bagaimanapun, seorang wanita bernasib malang apabila dikatakan telah menerima maklum balas yang negatif daripada pelanggannya, malahan nama baiknya kini juga tercalar gara-gara tersebarnya satu perkara yang tidak dijangkakan.
Disebabkan itulah, akhirnya seorang tukang jahit yang dikenali dari Kelantan Are-da Wb tampil untuk memberikan penjelasan demi untuk membersihkan namanya selepas kisah yang membabitkan diri jadi tular yang disebarkan di media sosial.
Baru-baru ini seorang wanita yang dipercayai adalah pelanggannya didapati memuat naik beberapa gambar dikatakan baju raya yang ditempah darinya dengan dakwaan hasil yang diberikan langsung tidak memuaskan hati pelanggannya itu.
Menerusi kenyataan pelanggan terbabit melalui laman Facebooknya mengatakan tukang jahit tersebut telah menggunakan kain yang dihantar oleh pelanggan tersebut untuk tempahan pelanggan yang lain.
Semalam adalah giliran tukang jahit tersebut memberikan penjelasan dengan kenyataannya melalui laman Facebooknya. Menurutnya, baju berkenaan telah dijahit dan turut dicuba beberapa kali oleh pelanggannya itu di hadapannya tetapi tidak pula dia dimaklumkan tentang jahitannya itu tidak memuaskan hati pelanggannya.
Tukang jahit biasanya akan melayan segala macam karenah dan permintaan pelanggan mereka, malah perkara yang sama turut dilakukannya terhadap pelanggan terbabit sehinggalah terjadinya satu kejadian di waktu malam beliau telah dimaki hamun di hadapan pelanggan-pelanggannya yang lain.
"Awak dan adik beradik awak maki saya di depan pelanggan-pelanggan saya yang lain pada malam itu. Saya mendiamkan diri kerana memang kesalahan saya sendiri tidak siapkan baju kepunyaan adik awak."
Walau bagaimanapun, dia kini tidak lagi boleh mendiamkan diri selepas pelanggan terbabit dipercayai telah memutarbelitkan ayat-ayat yang berkaitan dirinya di Facebook, malah pelanggan berkenaan turut mengambil gambar rumahnya tanpa keizinannya.
Lebih mengejutkan apabila pelanggan berkenaan dikatakan telah meminta ganti rugi bagi kain yang didakwa mereka beliau telah menggunakan kain adik pelanggannya itu malahan mereka turut tidak mahu membuat pembayaran bagi upah menjahit.
Selain itu, menerusi status pelanggan berkenaan juga didapati tiada kenyataan bahawa beliau sebenarnya telah membuat pembayaran ganti rugi kos kain tersebut.
Yang mengejutkan, pelanggan terbabit dipercayai tetap memakai baju tersebut biarpun dipercayai tidak membayar serta tidak berpuas hati dengan jahitannya.
Menurut tukang jahit itu lagi, dia langsung tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa malah turut memberitahu dia telah pun membuat permohonan maaf menerusi aplikasi Whatsapp secara peribadi tetapi mesejnya itu dikatakan langsung tidak diendahkannya.
Permohonan maaf menerusi aplikasi Whatsapp - Foto Are-da Wb |
Apa sekalipun keadaan dan perbalahan diantara mereka, adalah tidak baik sekiranya kita berniat untuk mengenakan atau menganiayai orang lain dengan sesuka hati. Tindakan seperti itu seolah-olah menabur pasir ke periuk orang lain yang turut menjadi salah satu dosa besar.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pelanggan Tidak Mahu Bayar Upah Jahit Kerana Tidak Berpuas Hati Tetapi Beraya Dengan Baju Yang Dikatakan Jahitan Tidak Memuaskan
Anda sekarang membaca artikel Pelanggan Tidak Mahu Bayar Upah Jahit Kerana Tidak Berpuas Hati Tetapi Beraya Dengan Baju Yang Dikatakan Jahitan Tidak Memuaskan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pelanggan-tidak-mahu-bayar-upah-jahit.html