Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum

Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum
link : Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum

Baca juga


Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum

PUTRAJAYA: Majikan yang didapati bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dipastikan menerima hukuman maksimum, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Katanya hukuman maksimum perlu dikenakan terhadap mereka bagi memberi mesej keseriusan jabatan itu terhadap isu penggajian PATI setelah tempoh secukupnya diberikan kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka di bawah program E-Kad yang tamat pada 30 Jun lepas.

"Majikan yang melindungi PATI berhadapan dengan tindakan tegas termasuk denda, penjara dan sebatan. Kali ini kami akan pastikan majikan yang degil ini diberikan hukuman setimpal," katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Imigresen, di sini pada Selasa.

Sejak Op Mega E-Kad dijalankan pada 1 Julai lepas hingga 10.30 pagi tadi, seramai 63 majikan dan 3,116 PATI ditahan, katanya.

Khamis lepas, seorang majikan yang merupakan pengusaha kedai kek di Subang Jaya, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan mengambil 19 orang PATI untuk bekerja di premisnya.

Ditanya sama ada kesemua 63 majikan yang telah ditahan akan didakwa dalam masa terdekat, Mustafar berkata Jabatan Imigresen akan menyegerakan aspek siasatan namun tempohnya bergantung kepada jenis kes.

Mengulas lanjut mengenai 3,116 PATI yang ditahan, katanya 1,183 orang adalah warga Bangladesh, Indonesia (725), Myanmar (240), Vietnam (119), Thailand (111), Filipina (95) dan lain-lain negara (643).

"Kebanyakan PATI yang ditahan adalah dari sektor pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan," katanya.

Dalam pada itu, Mustafar berkata lebih 30,000 PATI telah diusir ke negara asal sejak awal tahun ini dengan kebanyakan daripada mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan serta menyerah diri di bawah program 3+1 untuk dihantar pulang ke negara asal.

Ditanya sama ada Jabatan Imigresen sedia melanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad jika terdapat permintaan daripada kerajaan negara lain, katanya perkara itu bergantung kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pihak pembuat dasar.

"Perjumpaan boleh dibuat (dengan wakil kerajaan lain) dan kami mengalu-alukan perbincangan, tetapi itu di peringkat pembuat dasar. Tugas Imigresen adalah soal penguatkuasaan," katanya.

Bagaimanapun, Mustafar berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak melanjutkan program itu dan PATI yang masih berada di negara ini boleh menyerah diri di bawah program 3+1 yang masih berjalan sehingga 31 Dis ini.

Pada 1 Julai lepas, beliau dilaporkan berkata hanya 23 peratus daripada sasaran 600,000 PATI di negara ini yang mendaftar di bawah program E-kad.

Mengulas mengenai permintaan kerajaan Indonesia baru-baru ini supaya kerajaan Malaysia menghapuskan kompaun RM800 terhadap setiap PATI yang ditahan Jabatan Imigresen, beliau berkata perkara itu juga perlu dibincangkan di peringkat pembuat dasar.

Sebuah portal berita Indonesia melaporkan Menteri Tenaga Indonesia Hanif Dhakiri sebagai berkata kompaun itu membebankan PATI.

Bagaimanapun, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganggap permintaan itu tidak masuk akal memandangkan Malaysia perlu menanggung kos sebanyak RM35 sehari bagi setiap seorang PATI yang ditahan di pusat-pusat tahanan meliputi kos makanan, perubatan dan lain-lain proses dokumentasi sebelum mereka dihantar pulang.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum

Sekianlah artikel Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/imigresen-mahu-majikan-menggaji-pati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :