Judul : 500,000 banjiri Karnival Jom Heboh di JB
link : 500,000 banjiri Karnival Jom Heboh di JB
500,000 banjiri Karnival Jom Heboh di JB
CUACA panas terik sepanjang penganjuran Karnival Jom Heboh yang berlangsung minggu lalu bukan penghalang orang ramai memeriahkan lagi acara tersebut.
Melabuhkan tirainya untuk tahun ini di Angsana Johor Bahru, seramai 500,000 pengunjung membanjiri acara padang terbesar TV3 ini dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
Selain bertujuan mendekatkan pengunjung dengan TV3, Karnival Jom Heboh yang ditunjangi beberapa booth seperti Bananana Land, Cerekarama, Raudhah, Gelanggang #KitaJuara, Inspirasi. Tonton, Hot FM & Kool FM dan NSTP telah menawarkan pelbagai tawaran dan aktiviti istimewa dengan kehadiran barisan selebriti popular.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, sejak penganjurannya pada 2003 acara padang ini berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
“Jutaan terima kasih kepada 500,000 pengunjung yang hadir seawal jam 7 pagi untuk beriadah di lokasi terakhir ini.
“Sokongan anda semua amat bermakna buat kami.
“Kami juga ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang membantu menjayakan karnival ini. Insya- Allah karnival ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan,” katanya.
Lebih menarik lagi, KJH Johor Bahru turut menerima kunjungan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kadir Mohd dan Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap program yang menerima sambutan hangat ini.
Masyarakat tempatan juga beriadah dalam aktiviti Jom Sihat yang disertai Aedy Asyraf, jurulatih wanita Jessica Ong serta personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Anim Ezati, Hazrena Kasim, Uyaina Arshad, Fedtri Yahya dan Fiza Sabjahan.
Acara kemuncak iatu Konsert Jom Heboh telah berlangsung pada Jumaat, 9 malam di pentas utama KJH yang menampilkan bintang kelahiran program realiti Mentor Milenia iaitu Along, Zetty, Qody, Syeera dan juga Fareez.
Manakala pada malam Sabtu pula, Konsert Hot Kool Jam telah menghangatkan lagi suasana di Angsana Johor Bahru mulai jam 9 malam dengan barisan penyanyi seperti Tam Spider, Aiman Tino, Neon, Exists dan Nastia
The post 500,000 banjiri Karnival Jom Heboh di JB appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel 500,000 banjiri Karnival Jom Heboh di JB
Anda sekarang membaca artikel 500,000 banjiri Karnival Jom Heboh di JB dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/500000-banjiri-karnival-jom-heboh-di-jb.html