Judul : Pasangan Ini Memegang Rekod Pertama Di United Kingdom Dengan Melahirkan 10 Orang Anak Lelaki Berturut-Turut..
link : Pasangan Ini Memegang Rekod Pertama Di United Kingdom Dengan Melahirkan 10 Orang Anak Lelaki Berturut-Turut..
Pasangan Ini Memegang Rekod Pertama Di United Kingdom Dengan Melahirkan 10 Orang Anak Lelaki Berturut-Turut..
Mari berkenalan dengan keluarga Brett yang besar ini. Dengan ibu dan bapa, David dan Alexis yang melahirkan Campbell, Harrison, Corey, Lachlan, Brodie, Brahn, Hunter, Mack dan bayi Blake.
Mereka adalah keluarga pertama di United Kingdom yang telah melahirkan 9 orang anak lelaki berturut-turut.
Kisah cinta David dan Alexis bermula ketika mereka bertemu di tempat kerja. Alexis bertemu dengan David, seorang konduktor keretapi semasa dia bekerja menguruskan troli di stesen Abeerdeen pada tahun 1998.
Tiga tahun kemudian, mereka melahirkan Campbell semasa Alexis menjalani latihan menjadi seorang jururawat dan David telah mendapat tauliah menjadi pemandu keretapi. Mereka berkahwin 8 bulan kemudian dan Campbell kini berusia 15 tahun disusuli adiknya, Harrison yang kini berusia 13 tahun.
Maka bermulalah kisah keluarga hebat ini melahirkan lebih ramai anak lelaki. Alexis Brett kini berusia 37 tahun dan suaminya David yang berusia 42 tahun melahirkan 9 anak lelaki berturut-turut selepas itu dan memegang rekod sebagai pasangan pertama melahirkan anak lelaki secara berturut-turut.
Dengan Alexis mengandungkan anak yang ke-10 yang disahkan lelaki, sememangnya mereka memegang rekod itu di United Kingdom.
Alexis menjadi satu-satunya wanita yang menghuni dunia yang dipenuhi lelaki. Menurutnya, dia menguruskan rumah dengan dipenuhi makanan yang dibelinya setiap minggu dengan memastikan adanya sembilan bag bijirin, 84 kotak susu dan 14 buku roti serta barangan dapur yang lain demi memenuhi keperluan anak-anak lelakinya yang sedang membesar.
Dan tidak lama lagi mereka berasa tidak sabar menyambut kelahiran ahli lelaki yang kesepuluh menyambung kemeriahan keluarga besar ini.
Alexis berkata,”Adalah sangat menakjubkan mempunyai ramai anak lelaki di dalam rumah. Saya rasa ini yang pertama di UK. Saya tidak mempunyai pilihan. Ada orang yang bertanya tidak mahu mencuba mendapatkan anak perempuan ke? Tetapi secara jujur saya menjawab ‘tidak’. Saya berasa sangat gembira dengan kesemua anak lelaki ini. Tidak terbayang untuk melakukan apa-apa dengan seorang anak perempuan kini.”
Dengan melakukan kerja rumah menguruskan anak-anak lelakinya dengan membasuh 4 muatan basuhan pakaian dan membersihkan rumah sebanyak 6 kali sehari, Alexis mampu mengukir senyuman. Dia tidak pernah meminta anak-anak lelakinya yang lebih tua datang membantunya.
“Mereka tidak meminta dilahirkan dalam keluarga yang besar. Mereka mempunyai hal masing-masing untuk dilakukan seperti menghabiskan kerja sekolah, bermain dengan hobi dan kawan-kawan. Saya tidak pernah termimpi untuk mengacau hal mereka. Mereka masih muda dengan zaman kanak-kanak dan remaja harus dinikmati oleh mereka.” kata Alexis.
Alexis amat teliti dalam memastikan kesemua anak lelakinya berpenampilan kemas seperti mana dia dan David berpakaian. Alexis tahu yang keluarganya sentiasa mendapat perhatian masyarakat apabila mereka keluar dari rumah.
Oleh itu, dia tidak mahu keluarganya dilabel sebagai keluarga selekeh yang tidak pandai menjaga diri mereka.
Ibu dan anak-anak ketika percutian keluarga dengan karavan
Sememangnya dalam memastikan kesemunya berada dalam keadaan yang teratur, Alexis akan bangun seawal 5.30 pagi dan bersiap dengan mandi, berpakaian kemas dan bersolek. Semuanya sebelum anak-anaknya bangun dan keadaan menjadi sibuk selepas itu.
Menguruskan anak-anak ke sekolah akan mengambil sedikit masa, tetapi mereka telah menjadi terbiasa dengan keadaan ini.
Alexis berkata cabaran besar yang pernah dia lalui adalah apabila keluarganya bertambah dari dua ke tiga orang anak. Segalanya berubah selepas itu, dengan rutin tidur, percutian dan menukar kereta yang lebih besar.
Apa yang menarik, apabila bertambahnya anak mereka dari empat ke sepuluh, ia tidak memberi perbezaan yang besar. Dan kacau-bilau serta kemeriahan dalam keluarga itu masih pada tahap yang sama.
Setiap minggu, Alexis akan duduk di rumah bersama anak-anak lelakinya yang masih kecil sementara suaminya David akan membawa anak-anak lelaki yang lebih tua keluar bersiar-siar. Kini kenderaan mereka mempunyai ruang untuk lapan tempat duduk.
Alexis dan David Brett berpakaian kemas dan formal ketika keluar dengan temujanji mereka
Apakah rahsia pasangan ini boleh memperolehi 10 orang anak?
Alexis sentiasa melakukan senaman untuk menjaga bentuk badannya. Manakala David yang menghidapi penyakit Parkinson akan menjalani kelas seni mempertahankan diri 3 kali seminggu.
Kata Alexis, David menjadi contoh kepada anak-anak. David akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama keluarga di sebalik jadual kerjanya yang ketat.
Di samping tidak pernah lupa menjalani latihan seni mempertahankan dirinya. Mereka akan berjanji temu dua kali dalam sebulan untuk terus mengekalkan hubungan cinta yang sentiasa mekar.
Dalam menunggu hari untuk melahirkan bayi yang kesepuluh, Alexis berkata yang kehamilannya kali ini adalah lebih mencabar disebabkan usianya sudah meningkat. Dia mulai mengalami sakit belakang dan pinggul, badannya berkata yang dia sepatutnya berhenti di angka sepuluh.
Jadi, selepas ini mereka tidak akan menambah angka anak lelaki kesebelas kerana Alexis akan mengikat rahimnya selepas melahirkan anak yang kesepuluh ini. Sepuluh adalah nombor terakhir yang melengkapkan keluarga besar kesemuanya lelaki ini.-Pen Merah Press.
Kredit: Daily Mail, Era Baru
Kredit: Daily Mail, Era Baru
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pasangan Ini Memegang Rekod Pertama Di United Kingdom Dengan Melahirkan 10 Orang Anak Lelaki Berturut-Turut..
Sekianlah artikel Pasangan Ini Memegang Rekod Pertama Di United Kingdom Dengan Melahirkan 10 Orang Anak Lelaki Berturut-Turut.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pasangan Ini Memegang Rekod Pertama Di United Kingdom Dengan Melahirkan 10 Orang Anak Lelaki Berturut-Turut.. dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/pasangan-ini-memegang-rekod-pertama-di_5.html