Judul : Hanez Suraya & Suami Bahagia, Mahu Tambah Anak
link : Hanez Suraya & Suami Bahagia, Mahu Tambah Anak
Hanez Suraya & Suami Bahagia, Mahu Tambah Anak
MUNGKIN gara-gara episod hitam satu ketika dahulu sebelum berkahwin dengan suaminya kini, ramai yang seakan-akan ‘mendoakan’ kerutuhan rumahtangga pelakon Hanez Suraya.
Berkahwin pada tanggal 14 Mac 2015, Hanez dan suaminya Romie Razin Aidilha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Putri Aleesya apa 29 Disember tahun yang sama.
Kebahagiaan yang dikecapi dilandai badai seketika apabila Hanez memfailkan perceraian terhadap suaminya awal tahun lalu. Maun begitu, pasangan ini kembali bersama dan dilihat amat bahagia hari ini.
Mungkin kerana itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan Hanez dan Romie sehingga tergamak menabur fitnah mengatakan rumahtangga mereka sekali lagi sedang bergolak.
Tidak tahan lagi dengan tohmahan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, Hanez meluahkan hal sebenar mengenai perkahwinannya.
“Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tak atif dalam industri pun tetap ada yang tak puas hati.
“Apa pun ingin dijelaskan saya dan suami bahagia. Kami okey saja dan tak ada apa yang berlaku. Malah kami dalam perancangan nak menambah anak kedua. Semoga ada rezeki ke arah itu,” kongsinya kepada Harian Metro
Selepas berita pergolakan rumahtangganya mendapat liputan meluas media tempatan, Hanez dan Romie berbaik semula dengan bercuti di Jepun sambil menyambut hari lahir anak mereka di sana.
Usaha pasangan ini untuk mempertahankan rumahtangga mereka memang wajar dipuji: bukan semua yang sanggup turunkan ego masing-masing demi anak-anak. Sabar jelah ya Hanez, mulut orang mana boleh ditutup!-MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Hanez Suraya & Suami Bahagia, Mahu Tambah Anak
Anda sekarang membaca artikel Hanez Suraya & Suami Bahagia, Mahu Tambah Anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/hanez-suraya-suami-bahagia-mahu-tambah_17.html