Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru

Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru
link : Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru

Baca juga


Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru

loading…
Persandingan Tunku Tun Aminah disiarkan secara langsung di JB:

JOHOR BAHRU-  Istiadat  Persandingan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah yang diadakan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini malam ini berjalan dengan lancar.

Istiadat persandingan puteri tunggal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah disiarkan secara langsung kepada orang ramai menerusi dua skrin digital gergasi di Dataran Bandaraya di sini malam ini.

Persandingan diraja itu bermula 8.30 malam dijalankan dengan penuh adat istiadat dan budaya diraja Johor, di mana pengantin perempuan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga manakala pengantin lelaki pula segak berpakaian Baju Melayu Teluk Belanga.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, kerabat serta rakan terdekat berangkat menghadiri istiadat tersebut.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.

Kira-kira 1,200 tetamu kenamaan termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menghadiri majlis ringkas tapi penuh bermakna itu.

Istiadat merenjis dan menepung tawar dimulakan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha sebelum diikuti Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tunku Azizah Almarhum Sultan Iskandar serta Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda turut menyempurnakan istiadat tersebut.

Selain itu, Perdana Menteri dan isteri turut menyempurnakan istiadat merenjis dan menepung tawar itu sebelum istiadat itu diakhiri dengan bapa dan ibu Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas.

Majlis dan siaran langsung diakhiri dengan keberangkatan keluar pasangan pengantin dan tetamu majlis dari dewan Istana Besar bagi memulakan acara santapan diraja.

Terdahulu, Tunku Tun Aminah sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene, di sini, pagi tadi. – MalaysiaGazette.

Menurut RPO Johor, selesai Istiadat Akad Nikah, pengantin lelaki kemudian dibawa ke bilik tingkat atas istana bagi menyempurnakan Istiadat Menyarung Cincin.
Dennis Muhammad kemudian menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis tangan kanan Tunku Tun Aminah serta memberikannya mas kahwin sebanyak RM22.50.
Pasangan Diraja itu kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih.
Dennis Muhammad mengenakan songkok dengan dua keronsang yang sama digunakan oleh Almarhum Sultan Iskandar pada hari perkahwinannya, yang diberikan oleh bondanya, Sultanah Aminah Ungku Ahmad.
Mereka kemudian mencium tangan ibu bapa masing-masing dan juga ahli keluarga yang lain.
Istiadat perkahwinan itu berlangsung dengan menampilkan segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi dan adat istiadat Diraja Johor.
Malam ini, pasangan Dirajaituakan diraikan dalam IstiadatPersandingan di Bilik Singgahsana Istana Besar, Johor Bahru.
Kira-kira 1,200 tetamu akanmenghadiri majlis ringkas penuhbermakna itu yang turut dipancarkan secara langsungkepada orang ramai menerusi skrindigital gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
loading…

The post Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru

Sekianlah artikel Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesona Pengantin Di Raja Di Istana Besar Johor Bahru dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/pesona-pengantin-di-raja-di-istana.html

Subscribe to receive free email updates: