Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah

Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah
link : Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah

Baca juga


Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah

REMBAU: Skuad olahraga negara mempunyai peluang cerah untuk merangkul pingat emas dalam acara pecut lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, ramalan itu berdasarkan pencapaian raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli pada Kejohanan Olahraga Asia (ATF 2017) di Bhubaneswar, India, semalam.

Biarpun hasrat Khairul Hafiz merangkul pingat tidak kesampaian selepas penyertaannya dalam final 100m

dibatalkan akibat dua 'false start', namun catatan masa 10.24s pada peringkat separuh akhir cukup membanggakan berikutan pemenang emas, Hassan Taftian dari Iran, mencatatkan masa 10.25s.

Dalam pada itu, Zaidatul Husniah pula menamatkan saingan dalam acara 100m final di tangga keempat dengan catatan masa 11.70s selepas merekodkan masa 11.62s pada peringkat saingan manakala Siti Fatimah Mohammad di tangga keenam dengan masa 11.87s.

"Dari segi prestasi, ini adalah petanda baik menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur," kata Khairy kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Rembau di sini hari ini.

Pencapaian itu juga sekali gus memberi gambaran bahawa semua atlet dalam 'Program Kita Juara' sedang meningkat prestasi dan diharapkan atlet dapat mencapai prestasi kemuncak masing-masing pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini, katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Mengikut catatan masa oleh peserta negara Sukan SEA di ATF, Khairul Hafiz memiliki catatan terbaik (10.24s), diikuti peserta Singapura, Calvin Kang (10.61s), peserta Filipina, Anfernee Lopena (10.95s), dan dua peserta Thailand - Bandit Chuangchai (11.35s) dan Kritsada Namsuwan (11.78s).

Dalam acara 100m wanita, Zaidatul Husniah muncul pelari terbaik dari rantau Asia Tenggara dengan catatan masa terbaik 11.62s (peringkat saringan) diikuti rakan senegara, Siti Fatimah dengan masa 11.87s pada final.

Peserta Singapura, Wendy Enn dan peserta Thailand, On Uma Chattha, masing-masing dengan masa 12.14s dan seorang lagi peserta Thailand, Tassaporn Wannakit dengan masa 12.47s.

Pada Sukan SEA lepas di Singapura pada 2015, peserta Filipina, Kayla Anise Ricardson muncul sebagai ratu pecut Sukan SEA dengan catatan masa 11,76s, diikuti pemenang pingat perak, Tassaporn (11.76s) dan pemenang gangsa, Veronica Shanti Pereira (Singapura) dengan masa 11.88s.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah

Sekianlah artikel Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Olahraga: Misi buru emas berganda dalam acara pecut cerah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/olahraga-misi-buru-emas-berganda-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :