Judul : Harith Iskander Terharu Terima Anugerah Daripada Duta Finland
link : Harith Iskander Terharu Terima Anugerah Daripada Duta Finland
Harith Iskander Terharu Terima Anugerah Daripada Duta Finland
Pelawak terkenal Harith Iskander yang meraih gelaran ‘Funniest Person in the World’ anjuran Laugh Factory di Finland Disember tahun lalu, menerima anugerah itu daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka.
Anugerah itu disampaikan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan Finland ke-100, malam tadi.
Harith, yang hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lawak solo, berkata anugerah itu adalah satu penghormatan buat dirinya dan menjadi pemangkin untuk terus terbabit dalam industri hiburan.
“Anugerah ini memang di luar jangkaan saya, …saya sangat berterima kasih dan menghargainya.
“Insya-Allah, pertandingan yang sama iaitu Funniest Person in the World 2018 akan diadakan di negara ini dan saya akan terbabit dalam pertandingan,” katanya selepas menerima anugerah itu.
Pada Disember 2016, sebagai pemenang, Harith memperoleh AS$100,000 (RM448,000) serta melakukan persembahan komedi dalam siri jelajah di Amerika Syarikat selain menerima liputan luas media seluruh dunia.
The post Harith Iskander Terharu Terima Anugerah Daripada Duta Finland appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Harith Iskander Terharu Terima Anugerah Daripada Duta Finland
Anda sekarang membaca artikel Harith Iskander Terharu Terima Anugerah Daripada Duta Finland dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/12/harith-iskander-terharu-terima-anugerah_7.html