Judul : Misteri lelaki terbakar di Bukit Raja
link : Misteri lelaki terbakar di Bukit Raja
Misteri lelaki terbakar di Bukit Raja
Foto Ihsan PDRM
PIHAK berkuasa masih belum dapat memastikan punca seorang lelaki berusia 21 tahun yang ditemui dengan tubuhnya terbakar kira-kira 90 peratus dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala Klang, awal pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 4 pagi, sebelum menghubungi polis.
Beliau berkata, polis menemui dompet mangsa dan mendapati lelaki itu berusia 21 tahun, warga tempatan dan berasal dari Rawang.
Menurutnya, mangsa ketika ini berada di zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
"Mangsa masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pihak hospital memaklumkan tubuh mangsa 90 peratus terbakar," katanya.
Beliau berkata, keluarga mangsa masih tidak dapat dikenal pasti dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Misteri lelaki terbakar di Bukit Raja
Anda sekarang membaca artikel Misteri lelaki terbakar di Bukit Raja dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/misteri-lelaki-terbakar-di-bukit-raja.html