Judul : Lebih Banyak NGO Diperlukan Bantu K’jaan Hadapi Bencana
link : Lebih Banyak NGO Diperlukan Bantu K’jaan Hadapi Bencana
Lebih Banyak NGO Diperlukan Bantu K’jaan Hadapi Bencana
SINTOK – Negara memerlukan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang terlatih bagi membantu agensi kerajaan dalam mengendalikan sesuatu bencana jika ia berlaku.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata, kurangnya kesedaran dan maklumat menyebabkan masyarakat tidak mahu terlibat dengan NGO, sebaliknya mengharapkan kepada NGO yang sedia ada untuk membantu kerajaan.
“Setakat ini NGO yang betul betul terlibat ialah Bulan Sabit Merah dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy), kita kena bagi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya peranan NGO seperti ini dalam membantu setiap kali bencana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Joint and Combined Exercise Thailand-Malaysia (JCEX THAMAL) 2017 di Padang Kawad Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.
Seramai 880 peserta terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Thailand berkampung selama 10 hari bermula 17 hingga 26 Julai bagi menjalani latihan mengendalikan bencana.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Seri Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor dan Ketua Staf Angkatan Bersama Thailand, Jen Tarnchaiyan Srisuwan.
Johari mengambil contoh Jepun, Thailand dan Filipina apabila setiap kali bencana berlaku, NGO yang banyak membantu menggerakan usaha mencari dan menyelamat seterusnya memberi khidmat kaunseling kepada mangsa yang terlibat.
Katanya, sudah tiba masanya Malaysia melihat perkara ini supaya lebih ramai NGO terlatih dapat dilahirkan dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) atau Majlis Keselamatan Negara boleh melihat isu ini agar dapat membantu memperbanyakan lagi penglibatan NGO dalam program seumpama ini.
Sementara itu, Jen Tan Seri Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor berkata, latihan bersama ini dapat memberi kelebihan kepada anggota ATM jika terlibat dalam sesuatu bencana dimana mereka dapat mengendalikan bencana itu dengan tersusun dan lancar.
“Mereka saling bertukar-tukar idea dan saya lihat bagaimana kekuatan NGO Thailand dalam ikut serta dalam kerja-kerja menyelamat di negara mereka, dan ini harus kita perkukuhkan kepada NGO kita pula terutama NGO-NGO yang ada di sempadan negara,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lebih Banyak NGO Diperlukan Bantu K’jaan Hadapi Bencana
Anda sekarang membaca artikel Lebih Banyak NGO Diperlukan Bantu K’jaan Hadapi Bencana dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/lebih-banyak-ngo-diperlukan-bantu-kjaan_21.html