Judul : Pelampau Buddha ancam bunuh
link : Pelampau Buddha ancam bunuh
Pelampau Buddha ancam bunuh
Ribuan penduduk Islam Rohingya yang terlibat dengan keganasan di barat laut Myanmar merayu kepada pihak berkuasa untuk laluan selamat dari dua kampung selepas ia diancam pelampau Buddha dan kini kekurangan makanan.
“Pelampau Buddha di Rakhine datang ke kampung Ah Nauk Pyin sambil menjerit menyuruh kami beredar atau semua Rohingya akan dibunuh,” menurut saksi.
Penduduk kampung juga hidup dalam ketakutan dan kelaparan selain pelampau Buddha turut mengancam untuk membakar rumah mereka.
Susulan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Rakhine, Tin Maung Swe berkata, beliau telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Rathedaung dan tidak menerima maklumat mengenai rayuan penduduk Rohingya untuk laluan selamat tersebut.
“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Bahagian selatan Rathedaung adalah selamat sepenuhnya,” jelasnya.
Hubungan tegang antara Ah Nauk Pyin dan jirannya Rakhine tercetus pada 25 Ogos apabila serangan pejuang Rohingya di Rakhine mendorong tindak balas daripada tatmadaw, lapor Reuters.
The post Pelampau Buddha ancam bunuh appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Pelampau Buddha ancam bunuh
Anda sekarang membaca artikel Pelampau Buddha ancam bunuh dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/pelampau-buddha-ancam-bunuh.html