Judul : KKLW Anjur Anugerah Desa Perdana 2017 Kampung siapa bakal juara
link : KKLW Anjur Anugerah Desa Perdana 2017 Kampung siapa bakal juara
KKLW Anjur Anugerah Desa Perdana 2017 Kampung siapa bakal juara
Baru-baru ini berlangsungnya Anugerah Desa Perdana 2017 di bawah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Anugerah ini terbahagi kepada 5 Zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, dan Zon Sabah & Sarawak .
Sebanyak 568 buah kampung tradisional dan 20 buah kampung Orang Asli di seluruh negara layak di pertandingkan di peringkat daerah.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tujuan utama Anugerah Desa Perdana 2017 adalah untuk melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja.
Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mensasarkan 3 objektif lain iaitu merealisasikan program transformasi luar bandar dan lestari, menyuburkan semangat patriotisme di peringkat akar umbi dan memajukan sosioekonomi yang mampan.
Menyedari kepentingan rangkaian kerja yang utuh, kepimpinan JKKK perlu bersedia untuk turut terlibat bagi mempercepatkan proses merealisasikaan pelan tranformasi luar bandar yang bertemakan Membandarkan Luar Bandar.
Ini penting untuk memastikan kampung-kampung tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara sebagaimana yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).
Majlis penyampaikan Anugerah Perdana Peringkat Negeri bagi zon Utara dan Zon Tengah & Selatan telah di adakan baru-baru ini.
Penyampaian Anugerah Desa Perdana 2017 Zon Utara diadakan di Behrang manakala Zon Tengah dan Selatan di Tampin.
PEMENANG ANUGERAH DESA PERDANA 2017 PERINGKAT NEGERI
ZON UTARA
KATEGORI KAMPUNG TRADISIONAL
Kampung Wang Ulu, Kangar; (PERLIS)
Kampung Sungai Itau, Langkawi; (KEDAH)
Kampung Paya Kongsi, Balik Pulau; (PULAU PINANG)
Kampung Kuala Slim, Slim River (PERAK)
KATEGORI KAMPUNG ORANG ASLI
Kampung Ulu Bekor, Kuala Kangsar (PERAK)
– ZON TENGAH & SELATAN
KATEGORI KAMPUNG TRADISIONAL
Kampung Gemencheh Lama, Tampin (NEGERI SEMBILAN)
Kampung Sungai Buloh, Alor Gajah (MELAKA)
Kampung Parit Puteri Menangis, Pontian (JOHOR)
Kampung Endah, Sepang (SELANGOR)
KATEGORI KAMPUNG ORANG ASLI
Kampung Bukit Kepong, Port Dickson (NEGERI SEMBILAN)
Kampung Pengkalan Tereh, Kluang (JOHOR)
Kampung Butik Tadom, Kuala Langat (SELANGOR)
Majlis Anugerah Desa Perdana peringkat negeri seterusnya akan diadakan di Terengganu bagi Zon Timur, di Sabah bagi Zon Sabah dan Labuan serta di Zon Sarawak.
Dan kemuncak penyampaian Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 22 Ogos di Kuala Lumpur.
Agak-agak kampung siapa bakal juara? Kita tungggu
Sumber: penmerahpress
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel KKLW Anjur Anugerah Desa Perdana 2017 Kampung siapa bakal juara
Anda sekarang membaca artikel KKLW Anjur Anugerah Desa Perdana 2017 Kampung siapa bakal juara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kklw-anjur-anugerah-desa-perdana-2017.html