Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara

Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara
link : Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara

Baca juga


Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara

SUNGAI PETANI – Tindakan membawa masuk media asing dan pihak luar untuk campur tangan dalam urusan politik dan pentadbiran negara ini, perlu dikecam dan ditentang kerana ia perbuatan yang mengkhianati negara.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata menjemput media luar untuk membuat laporan yang memburukkan negara kepada pelabur juga dianggap sebagai perbuatan khianat.

“Kita tidak boleh bertolak ansur, tidak boleh benarkan ini berlaku. Dalam kes pengkhianatan atau menjemput orang luar untuk mengganggu gugat keselamatan negara, ia berlaku dalam banyak hal,” katanya kepada pemberita selepas merasmi serentak Mesyuarat Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Sungai 2017 di sini, hari.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Abdul Rahim Saad dan Timbalannya Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, Ketua Pegerakan Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani Wan Mohalina Wan Mohamad dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sungai Petani Mashitoh Mohamad Yusoff.

Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata tindakan membawa masuk ‘pihak luar’ untuk menyelesaikan masalah juga boleh merugikan negara.

“Jangan hanya disebabkan tidak bersetuju dengan dasar atau tidak berpuas hati terhadap sesuatu, jemput orang luar campur tangan dan akhirnya negara yang rugi.

“Dalam politik kita perlu bersederhana, lawan sesama kita (parti) sebagai parti memerintah dan parti pembangkang dalam negara demokrasi, tidak perlu dengki sampai jemput orang luar,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir dalam ucapannya turut menasihati anggota-anggota UMNO supaya tidak mengamalkan perbuatan mencantas sesama sendiri dalam parti demi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional.

“Ahli parti juga tidak boleh meninggalkan medan ‘peperangan’ selain tidak melakukan perkara yang boleh merobohkan parti yang dibina sejak sekian lama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir merakamkan ucapan takziah dan bersimpati dengan kematian seorang guru wanita di Taman Putri, Kulai, Johor pada Selasa.

“Kementerian Pendidikan menzahirkan rasa sedih dan bersimpati di atas kematian seorang guru wanita di Kulai, Johor.

“Kita akan menghulurkan bantuan sewajarnya bagi meringankan beban suami dan dua anaknya,” katanya semasa mengulas kematian Siti Rohana Redzuan, 36, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara

Sekianlah artikel Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecam Campur Tangan Luar Dalam Urusan Politik, Pentadbiran Negara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kecam-campur-tangan-luar-dalam-urusan_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :