Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun

Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun
link : Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun

Baca juga


Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun

JOHOR BAHRU – Kes denggi yang dilaporkan di negeri ini dari Januari hingga Jun lepas menurun sebanyak 3,552 kes atau 57.5 peratus daripada 7,472 kes yang direkodkan pada tempoh sama, tahun lalu.

Jumlah ini termasuk 169 kes yang dilaporkan pada minggu ke-26 yang bermula daripada 25 hingga 30 Jun.

Jumlah kematian yang melibatkan wabak itu pula adalah 11 kes, menyamai rekod pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru yang menyumbang sebanyak 82.8 peratus dari jumlah keseluruhan kes, diikuti Kulai (5.9 peratus), Kota Tinggi (5.3 peratus), Batu Pahat (2.96 peratus), Segamat (1.18 peratus), Kluang (1.18 peratus) dan Muar ( 0.59 peratus).

Di Tangkak, Pontian dan Mersing tiada laporan kes diterima, kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 26 lokaliti wabak baru telah dilaporkan dan lokaliti tersebut adalah di Daerah Johor Bahru (24) dan Kulai (dua),” tambahnya.

Menurut beliau, selain itu, pihaknya tidak menerima sebarang kes baru mengenai chikungunya, menjadikan kes terkumpul masih berjumlah 24.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 14 kes dilaporkan di Batu Pahat, enam (Johor Bahru), dua (Kluang) dan dua (Muar).

“Semua kawasan kes yang positif chikungunya telah dibuat semburan racun dan juga larvaciding.

“Kawalan terhadap lokasi–lokasi kes juga telah pun dilaksanakan dan Jabatan Kesihatan Negeri telah mengeluarkan amaran chikungunya semenjak Mac dan akan memantau kes ini dari masa ke masa,” tambahnya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun

Sekianlah artikel Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Denggi Di Johor Setakat Jun Lepas Menurun dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kes-denggi-di-johor-setakat-jun-lepas_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :