Judul : Kandungan Perjanjian Rahsia Antara Qatar Dan Negara Teluk Lain Didedah
link : Kandungan Perjanjian Rahsia Antara Qatar Dan Negara Teluk Lain Didedah
Kandungan Perjanjian Rahsia Antara Qatar Dan Negara Teluk Lain Didedah
Menurut Al Arabiya pada Selasa (11/7), perjanjian pertama yang ditandatangani pada tahun 2013, dengan pengantaraan oleh Kuwait dan ditandatangani oleh Amir Qatar Tamim bin Hamad al-Thani, di mana beliau berjanji untuk melaksanakan terma perjanjian tersebut di hadapan para pemimpin Dewan Kerjasama Teluk ( GCC).
Dokumen perjanjian pertama menunjukkan bahawa Sheikh Tamim menandatangani semua perkara yang diminta oleh negara-negara teluk, dan pentingnya membangun fasa baru hubungan persaudaraan.
Perjanjian kedua yang bertarikh pada 16 November 2014, menambah Raja Bahrain, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Perdana Menteri UEA. Permintaan yang paling menonjol yang disepakati oleh Sheikh Tamim dalam perjanjian tahun 2014 adalah menghentikan sokongan Qatar untuk Ikhwanul Muslimim, dan pengusiran semua afiliasi bukan warga negara dari Qatar.
Qatar juga berjanji untuk tidak akan menyokong orang yang mempunyai agenda
bahaya terhadap GCC, dan tidak menyokong mana-mana organisasi yang memerangi penguasa yang sah di Yaman dan Mesir.Salah satu klausa yang ditandatangani oleh Qatar dalam Perjanjian Riyadh Tambahan 2014 adalah Doha menghentikan semua sokongan, baik secara langsung mahupun tidak langsung kepada media profesional dan cawangan yang mempunyai agenda anti-GCC.
Walaupun kewujudan perjanjian itu sentiasa diketahui, butiran khusus telah dirahsiakan kerana sensitiviti dan protokol mesyuarat GCC.
Qatar juga bersetuju untuk bekerjasama dengan negara-negara GCC dalam menyokong Mesir dan menjaga keselamatan dan kestabilan dan secara khusus, menghentikan "penghinaan dari al Jazeera Media Channel dan saluran al Jazeera Mesir Live (Mubasher Misr)."
Dokumen itu menyatakan tuntutan yang diminta dari Qatar, yang ditandatanganinya dan tidak dianggap sebagai pelanggaran kedaulatan.
Perjanjian itu menetapkan bahawa "sekiranya tidak dipatuhi oleh mana-mana negera, adalah hak negara lain untuk mengambil tindakan dianggap sesuai untuk melindungi keselamatan dan kestabilannya."
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kandungan Perjanjian Rahsia Antara Qatar Dan Negara Teluk Lain Didedah
Anda sekarang membaca artikel Kandungan Perjanjian Rahsia Antara Qatar Dan Negara Teluk Lain Didedah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/kandungan-perjanjian-rahsia-antara.html