Judul : Padam gambar Hans Isaac di IG Gabriella, putus tunang?
link : Padam gambar Hans Isaac di IG Gabriella, putus tunang?
Padam gambar Hans Isaac di IG Gabriella, putus tunang?
Tunang Datuk Hans Isaac, Gabriella Robinson mengakui telah membuang gambar tunangnya itu di dalam laman sosial Instagram miliknya, tapi bagi Hans, dia menegaskan yang mereka masih lagi bersama.
Hans memetik portal Bharian agak terkejut kerana disangka putus tunang ekoran tindakan wanita itu memadam gambar mereka bersama di Instagram.
“Saya terkejut apabila menerima banyak panggilan ‘missed call’ dan WhatsApp daripada media yang bertanyakan mengenai perkara ini. Kami masih lagi bersama,” katanya kepada BH Online.
Perkara itu turut membuatkan ramai yang tertanya-tanya, apakah pertunangan Hans dan Gabby sudah terlerai.
Pada 28 Februari lalu, Hans mengumumkan pertunangannya dengan Gabby dan mereka merancang untuk berkahwin pada 29 Julai tahun ini. Bagaimanapun, pasangan itu menunda tarikh perkahwinan mereka atas sebab-sebab tertentu.
The post Padam gambar Hans Isaac di IG Gabriella, putus tunang? appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Padam gambar Hans Isaac di IG Gabriella, putus tunang?
Anda sekarang membaca artikel Padam gambar Hans Isaac di IG Gabriella, putus tunang? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/padam-gambar-hans-isaac-di-ig-gabriella.html