Judul : Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan
link : Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan
Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan
Kuala Lumpur, 5 Julai 2017 - Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook kerana menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan penangkapan itu menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.
"Syabas JSJ KL @PDRMsia bjaya tkap 'Catt Ginger' yg menghina KDYMM YDP Agung. #GoPDRMGo".
Sebelum ini, orang ramai menggesa pihak polis agar menyiasat akaun Facebook 'Catt Ginger' yang memuat naik satu foto Yang di-Pertuan Agong yang memanipulasi gambar Agong di bahagian hidung.
Dalam pada itu, akaun Facebook terbabit juga telah dipadam.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan
Sekianlah artikel Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Individu Hina Yang di-Pertuan Agong di Facebook Berjaya Ditahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/individu-hina-yang-di-pertuan-agong-di.html