Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan

Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan
link : Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan

Baca juga


    Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan

    harga-minyak.jpg

    KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenal formula baru tidak lama lagi berhubung mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

    Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya sedang berunding dengan Kementerian Kewangan serta pengusaha stesen minyak bagi mewujudkan situasi menang-menang.

    Dengan harga minyak terus menurun dalam beberapa minggu ini, mereka (pengusaha stesen minyak) menghadapi tekanan. Saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani serta pengusaha berkenaan.

    InsyaAllah, menjelang minggu depan, akan ada sesuatu untuk setiap pihak.

    Kita akan tentukan kaedah ini dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa hadapan, kita akan lakukan (penetapan harga) secara harian, katanya pada sambutan Hari Raya anjuran Malaysia Intellectual Property Corporation (MyIPO) di Kuala Lumpur hari ini.

    Penetapan harga mingguan petrol dan diesel oleh kerajaan pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat. Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam.

    Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil berbanding penetapan harga bulanan.

    Bagi minggu sehingga Rabu ini, harga seliter ditetapkan pada RM1.89 untuk RON95, RM2.15 untuk RON97 dan RM1.84 untuk diesel. – Harian Metro

    Sumber: sehinggit


    First Appear On Online News Malaysia

    Khabar Malaysia


    Demikianlah Artikel Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan

    Sekianlah artikel Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

    Anda sekarang membaca artikel Formula Baru Harga Minyak Akan Diperkenalkan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/formula-baru-harga-minyak-akan.html

    Subscribe to receive free email updates:

    Related Posts :