Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM

Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM
link : Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM

Baca juga


Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 13 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di Sabah tidak sekadar menjadi lafaz kosong semata-mata.

Sebaliknya, Pengarah SPRM Negeri, Datuk Sazali Salbi berkata apa yang paling penting lafaz ikrar itu dilaksanakan dalam bentuk perbuatan oleh pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

Tindakan untuk menandatangani IBR ini jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen jabatan dan agensi berkenaan untuk sama-sama  membantu membanteras gelaja rasuah, katanya ketika menyampaikan taklimat semasa majlis IBR itu di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Antara jabatan yang terlibat adalah Jabatan Tenaga Kerja, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Pembangunan Sumber Manusia, dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Berhad Sabah.

Turut hadir menyaksikan IBR itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Adenan berkata tindakan kementerian dan warga kerjanya  menandatangani IBR jelas memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja  bebas rasuah.

“Sokongan dan komitmen padu ini secara tidak langsung menjadi pembakar semangat kepada warga kerja jabatan dan agensi berkenaan untuk terus berjuang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memerangi jenayah rasuah serta salah guna kuasa secara habis-habisan,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM

Sekianlah artikel Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ikrar Rasuah Jangan Hanya Lafaz Kosong – SPRM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ikrar-rasuah-jangan-hanya-lafaz-kosong_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :