Judul : Peruntukan Khas Kepada Sekolah Cina Bukan Untuk Tujuan Operasi
link : Peruntukan Khas Kepada Sekolah Cina Bukan Untuk Tujuan Operasi
Peruntukan Khas Kepada Sekolah Cina Bukan Untuk Tujuan Operasi
IPOH – Peruntukan khas yang diberikan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan dan bukan bagi tujuan operasi, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon.
Katanya terdapat pihak yang cuba memesongkan fakta dengan menyatakan akibat kelewatan peruntukan khas itu kepada sekolah ia telah menyebabkan institusi berkenaan tidak dapat beroperasi.
“Kerajaan memberikan peruntukan itu bagi menampung perbelanjaan tambahan seperti penyelenggaraan serta baik pulih sekolah.
“Peruntukan untuk pengoperasian lebih tinggi kerana dari situ gaji pengetua, guru, pengawal keselamatan diberi dan ia juga diberi awal tahun,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan khas SMJK 2016 sebanyak RM2.65 juta kepada 17 sekolah di negeri Perak di sini, hari ini.
Chong berkata sebanyak RM24 juta peruntukan khas diberi kepada 17 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ) di Perak sejak tahun 2012.
Menjelas lanjut beliau berkata peruntukan pengoperasian juga diberikan kepada setiap sekolah secara adil berdasarkan jumlah bilangan murid atau Geran Per Kapita (PCG).
Dalam pada itu, Chong menyelar sikap pembangkang yang sengaja membangkitkan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta pembinaan sekolah terutama menjelang pilhan raya.
“Bila tiba musim pilihan raya barulah mereka mengada sidang media kata kalau mereka memerintah negara, mereka akan mengiktiraf UEC, naikkan banner bertanya bilakah nak bina sekolah di lokasi ini? bilakah sekolah itu nak dipindahkan?”
“Saya nak katakan kerajaan lakukan perkara ini (membina sekolah) sepanjang masa dan mengikut keperluan. Sebagai kerajaan kita melakukan apa yang sepatutnya dilakukan demi pembangunan pendidikan negara,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Peruntukan Khas Kepada Sekolah Cina Bukan Untuk Tujuan Operasi
Anda sekarang membaca artikel Peruntukan Khas Kepada Sekolah Cina Bukan Untuk Tujuan Operasi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/peruntukan-khas-kepada-sekolah-cina_1.html