Judul : China Gesa Korea Utara Patuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB
link : China Gesa Korea Utara Patuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB
China Gesa Korea Utara Patuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – China menggesa Korea Utara mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.
Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liu Jieyi berkata tindakan Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu Selasa lalu melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB dan mendapat tentangan komuniti antarabangsa, lapor agensi berita China Xinhua.
“Tindakan yang dilakukan Korea Utara ini tidak dapat diterima. China menyeru Korea Utara mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan dan menghentikan segera tindakan yang boleh menjejaskan keadaan,” kata Liu pada mesyuarat tergempar yang diadakan bagi membincangkan tindakan terbaharu Korea Utara itu.
Pada masa yang sama, katanya, semua pihak diminta bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru, mengelak daripada melakukan tindakan provokatif dan bekerjasama dalam memastikan suasana tegang tidak berlarutan.
Pyongyang pada Selasa lalu mendakwa mereka berjaya mengadakan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).
Susulan pelancaran ICBM itu, China dan Rusia mengeluarkan kenyataan bersama menggesa dialog diadakan bagi memastikan suasana tegang di Semenanjung Korea tidak berlarutan.
Jelas Liu, China bersungguh-sungguh mahu menyaksikan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea dan mencadangkan penyelesaian bagi mengekang program nuklear dan peluru berpandu jirannya itu dilakukan melalui dialog dan perundingan.
Beliau turut menegaskan cara ketenteraan tidak harus digunakan dalam menyelesaikan hal ini.
Tegasnya, pemasangan peralatan sistem pertahanan antipeluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di timur laut Asia secara serius melemahkan kepentingan keselamatan strategik negara-negara serantau termasuk China.
“China menggesa negara-negara terlibat menghentikan segera pemasangan sistem tersebut,” katanya.
“Kita harap semua pihak terlibat dapat bekerjasama dengan China, memainkan peranan masing-masing dan memastikan isu di Semenanjung Korea kembali ke meja rundingan secepat mungkin,” katanya.
– BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel China Gesa Korea Utara Patuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB
Anda sekarang membaca artikel China Gesa Korea Utara Patuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/china-gesa-korea-utara-patuhi-resolusi_6.html