Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN?

Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN?
link : Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN?

Baca juga


Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN?

KUALA LUMPUR – Perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar-benar parti Islam atau sebaliknya.

Ia berikutan Fasal 16.1(b) Perlembagaan PAN tidak menyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden parti yang menganggotai Pakatan Harapan itu mesti dalam kalangan muslim negara ini.

Setiausaha Agung PAN, Suhaizan Kayat malah mengesahkan tentang Perlembagaan PAN tersebut sewaktu menjawab persoalan di media sosial adakah bukan Islam boleh menjadi PAN.

“Dalam fasal 16.1(b) dinyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang yang mempunyai pemahaman yang mendalam dan komitmen jitu terhadap Islam,” katanya di Facebook semalam.

Perkembangan semasa menyaksikan ramai bukan muslim turut mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam termasuk golongan orientalis yang berpura-pura menyanjungi Islam.

Suhaizan dalam pada itu mendakwa PAN merupakan wadah politik Islam yang sederhana berasaskan konsep Rahmatalilalamin yang sesuai untuk Malaysia.

Kata beliau, kerana itu PAN diwujudkan bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Menurut beliau, Pakatan Harapan terdiri daripada PAN, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),

Beliau dalam pada itu mendakwa DAP sebuah parti yang sangat menghormati agama Islam dan jika benar ia sebuah parti anti-Islam sudah pasti diharamkan di Malaysia.

Selain itu, katanya, PAN tidak mempunyai Dewan Ulama seperti PAS kerana ia menjuzukan peranan sesuatu kumpulan dalam sesebuah parti politik.

“Jka ada dewan ulama sudah tentu ada dewan profesional, dewan peniaga atau dewan pendidik. Berapa banyak perlu ada dewan-dewan?,” sindirnya.

-MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN?

Sekianlah artikel Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bukan-islam-boleh-jadi-presiden-pan_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :