Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal

Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal
link : Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal

Baca juga


Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal

1.jpg

Kedudukan bayi yang normal di dalam rahim adalah posisi kepalanya di bawah, manakala kaki berada di atas. Sekiranya kandungan masih awal atau di bawah 34 minggu, kedudukan bayi adalah tidak menentu. Keadaan ini tidak perlu dirisaukan kerana pada masa ini bayi masih ringan dan bebas bergerak di dalam rahim ibu. Namun sekiranya masih lagi songsang biarpun melebihi 34 minggu, ia perlu diberi perhatian.

Image may contain: text

Hal ini kerana tubuh janin beratnya semakin membesar dan bertambah. Sudah pasti akan menyukarkan bayi untuk mengubah kedudukannya dan mungkin akan terus kekal sehingga waktu melahirkan.

Terdapat tiga jenis songsang yang perlu anda tahu. Pada minggu ke-34 kehamilan, doktor akan mengambil darah ibu untuk mengetahui apakah kedudukan janin sudah berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Jika masih songsang, pemeriksaan ultra sound akan dilakukan.

Jenis-jenis posisi janin songsang:

blogger-image--724101719.jpg

1. Incomplete breech atau songsang tidak sempurna

-sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.

2. Complete breech atau songsang sempurna

– punggung janin berada di atas pintu rahim sementara dua kaki terlipat sempurna, menghadap sejajar dengan telinga. Sekali pandang, posisi janin kelihatan seperti membongkok.

3. Frank breech

– punggung janin berada di bawah, dua kaki berada di atas hampir menyentuh telinga. Posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kira-kira 65-70 peratus janin songsang adalah daripada posisi frank breech.

Image may contain: shoes

Cara mengatasi kedudukan bayi songsang

Sebelum menempuh hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan seperti biasa, jika didapati janin dalam kedudukan songsang, doktor menyarankan melakukan gerakan tertentu.

Seperti;

1. Sujud (knee-chest- lutut ke dada) sebanyak 5 kali sehari selama 15 minit.

2. Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiringkan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini selama 10-15 minit sekurang-kurangkan 3 kali sehari.

Tetapi jika sekiranya dalam tempoh ini janin masih tidak normal doktor akan melakukan tindakan memusingkan janin. Cara ini dinamakan external cephalic version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.

Terapi ECV TIDAK BOLEH dilakukan pada semua janin terutama bagi ibu yang mengalami;

1. Pendarahan

2. Jumlah air ketuban yang sedikit.

3. Plasenta berada dekat dengan pintu rahim.

4. Degupan jantung janin yang tidak normal.

5. Janin tidak membesar dengan sempurna iaitu ukuran badan lebih kecil daripada yang sepatutnya.

6. Kehamilan kembar.

Jika proses ini gagal dilakukan, kelahiran akan dilakukan secara ceaserian.

Walau bagaimanapun, ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana walaupun bayi dalam keadaan songsang kelahiran normal tetap dapat dilakukan. Asalkan bayi sudah cukup bulan dan bayi dalam keadaan frank breech.

Selain itu, faktor lain juga membantu kelahiran normal seperti;

1. Saiz janin

2. Ukuran pinggul ibu

3. Janin mempunyai berat kurang 3.8 kg

4. Pintu rahim terbuka luas ~10cm

5. Janin dalam posisi meluncur keluar

6. Leher bayi tidak terlilit oleh tali pusat.

7. Posisi kepala janin.

Akhir sekali, banyakkan berdoa mohon bantuan Yang Maha Berkuasan dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang tindakan.

songsang.jpg

VIDEO:

Sumber: penmerahpress


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal

Sekianlah artikel Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cara Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan Supaya Boleh Bersalin Normal dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/cara-memusingkan-bayi-songsang-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: