Judul : Tidak sangka sesi mengurut kaki bertukar menjadi mimpi ngeri!
link : Tidak sangka sesi mengurut kaki bertukar menjadi mimpi ngeri!
Tidak sangka sesi mengurut kaki bertukar menjadi mimpi ngeri!
Kebanyakan rakyat Malaysia suka mendapatkan servis mengurut untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan, tetapi siapa pula yang suka jika pada masa yang sama kakinya patah bukan?
Tiada siapa!
Namun, kejadian malang ini telah menimpa Pimyanee Thanyawongsakul, 59, dari Thailand ketika menjalani sesi mengurut pada 13 Julai dan ianya berubah menjadi mimpi buruk saat kakinya PATAH!
Coconuts melaporkan, sepatutnya Pimyanee membayar THB1, 360 (RM173) untuk sesi urutan itu tetapi disebabkan kejadian yang tidak disangka itu, tukang urut itu Nathanapop Klachingchai, 50, mengenakan separuh bayaran kepada Pimyanee.
Pimyanee tetap dikenakan bayaran sebanyak THB700 (RM 89) kerana ia merupakan sebahagian daripada ‘yuran menyembah guru’. Di Thailand, ini adalah budaya norma untuk membayar yuran ini bagi sesiapa yang mendapatkan servis mengurut urutan tradisional Thailand dan nasib. Yuran ini tidak boleh dikecualikan tidak kira apa jua keadaan sekalipun.
Selepas mendapati kakinya patah, Pimyanee segera dikejarkan ke hospital dan telah dijadualkan akan menerima pembedahan pada 17 Julai.
Difahamkan keluarga mangsa begitu marah dengan kejadian ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tukang urut tersebut.
Walau bagaimanapun, dalam pertahanan tertuduh, Pimyanee sebenarnya mempunyai osteoporosis tetapi dia langsung tidak memberitahu tukang urut itu. Osteoporosis adalah keadaan yang menyebabkan tulang pesakit menjadi rapuh kesan daripada perubahan hormon atau kekurangan kalsium atau Vitamin D.
Sebelum melakukan servis mengurut, Nathanapop ada bertanyakan kepada Pimyanee mengenai keadaan kesihatannya. Pimyanee hanya memberitahu Nathanapop bahawa dia telah terselamat daripada kanser.
Menurut Nathanapop, sekiranya dia tahu tentang osteoporosis yang dihadapi oleh Pimyanee, dia pasti tidak akan mengurutnya.
Walau bagaimanapun, Nathanapop cukup baik hati kerana sanggup menjual motosikalnya hanya untuk membayar kos pembedahan mangsa, yang dilaporkan berjumlah THB30,000 (RM3,811).
elain daripada itu, Nathanapop perlu membayar denda THB60,000 (RM7,623) dan mungkin menghadapi hukuman satu tahun penjara kerana didapati menjalankan perniagaan kesihatan tanpa permit.
Oleh itu, pengajaran yang kita peroleh daripada kisah ini ialah sentiasa ingat untuk memberitahu doktor, tukang urut, atau mana-mana profesional lain yang memberi rawatan kepada anda jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan. Kami tidak mahu kejadian aneh seperti ini berlaku lagi!
Era Baru
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tidak sangka sesi mengurut kaki bertukar menjadi mimpi ngeri!
Anda sekarang membaca artikel Tidak sangka sesi mengurut kaki bertukar menjadi mimpi ngeri! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tidak-sangka-sesi-mengurut-kaki.html