Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara

Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara
link : Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara

Baca juga


Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan komited untuk memperbaharui Dasar Buku Negara demi merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sehubungan dengan itu, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara.

Pelantikan Budiman diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menerima Resolusi Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara di Putrajaya hari ini.

Sesi penyerahan resolusi itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB) yang mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Puan Fauzilahyatun Mustafa, Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM); Sayed Munawar Sayed Mustar serta beberapa pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan lain.

Resolusi yang mempunyai lima halaman itu menggariskan lima matlamat utama yang memberi tumpuan kepada pembaharuan Dasar Buku Negara (DBN). DBN merupakan antara asas penting yang akan diusulkan dalam merealisasikan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Antara yang diutarakan ialah pembaharuan DBN bagi memastikan buku dalam bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan.

Sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara, DBN juga bermatlamat bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi, juga termasuk pendigitalan buku alaf baharu dan buku masa depan.

Terdahulu, cadangan memperbaharui DBN diutarakan oleh Budiman dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pada 14 Mac 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen.

Kesinambungan daripada cadangan tersebut, satu Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara telah diadakan pada 25 April 2017, bertempat di Wisma ITBM yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Persidangan tersebut turut mendapat sokongan kehadiran 58 orang wakil daripada beberapa agensi berkaitan seperti Sasterawan Negara, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Perbadanan Kota Buku (PKB), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), MBIC, MABOPA, MBEIA, MBA, MAPIM, PPM, PEM, PKBM, IKIM, PEKOMIK, ITBM, penerbit universiti, penerbit swasta, serta kedai buku.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara

Sekianlah artikel Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Budiman dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pembaharuan Dasar Buku Negara dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/budiman-dilantik-pengerusi-jawatankuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :